Kalau korang ada kawan dari Johor, mesti ada yang mempunyai darah Jawa. Bila kita pergi Johor, mana mana tempat yang ada nama Parit seperti Parit Raja, Batu Pahat, mesti situ ramai orang Jawa. Ini mendatangkan persoalan. Mana Johor ramai orang Jawa?

Benda ni sebab kesan dasar modenisasi oleh Sultan Abu Bakar pada abad ke 19. Sebagai seorang yang berwawasan tinggi, baginda cuba untuk modenkan negeri Johor menjadi negeri yang moden dan berdaulat, sekaligus menghalang usaha British untuk menduduki Johor. Jadi, baginda adakan hubungan diplomatik dengan British, Turki Uthmaniah dan pelbagai lagi negara lain. Pada masa yang sama, baginda juga mahu meningkatkan taraf ekonomi Johor tu sendiri melalui pelbagai jenis rancangan ekonomi. Cumanya, ada satu masalah. Rakyat Johor ni tak ramai.

Oleh itu, Sultan Abu Bakar menjemput pekerja luar (dasar yang sama dibuat oleh ayahandanya Temenggung Daeng). Hal ni menarik ramai orang luar seperti orang Cina dan orang orang dari kepulauan Melayu untuk menduduki Johor. Orang Cina masuk melalui sistem Kangcu dan orang orang dari kepulauan Melayu melalui penghulu, Orang Kaya Kaya sistem Haji oleh syarikat Konstantinople milik keluarga Al-Sagoff.

Orang orang dari kepulauan Melayu ni rata ratanya merupakan orang Jawa dan juga Bugis. Melalui hal ni, orang Jawa dan Bugis mula berhijrah ke Johor ramai ramai, menjadi rakyat Johor yang ada sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply