Selalu kalau kita dengar kes raja kahwin pelik pelik ni, kita akan teringat pasal keluarga diraja Habsburg yang kahwin sumbang mahram antara pakcik dan anak saudara untuk kekalkan kuasa, tapi ada seorang maharaja Rom ni pelik sikit. Dia tak kahwin dengan mak sendiri, tapi sumbang mahram dengan mak sendiri.

Sebagai latar belakang cerita, maharaja yang dimaksudkan itu ialah maharaja Nero dan ibunya, Agrippina. Agrippina ni gila kuasa. Masa dia masih jadi isteri kepada ayah Nero, maharaja Claudius, banyak bini bini Claudius yang lain mati sebab Agrippina hantar orang bunuh diorang. Claudius sendiri mati sebab kena racun dengan Agrippina. Jadi bila anak Agrippina dan Claudius naik takhta jadi maharaja Rom, suka la dia sebab dapat kawal kuasa Rom melalui anak dia.

Tapi, maharaja Nero ni tak bodoh. Dia tau mak dia ni gila dan cuba kawal dia. Benda tu termasuk paksa Nero kahwin dengan adik tiri sendiri, dan Agrippina sendiri cuba bersumbang mahram dengan Nero. Jadi, Nero buat benda apa paling logik maharaja Rom lain buat – bunuh orang yang dia tak suka.

Jadi Nero pun buat la satu komplot bunuh mak sendiri. Komplot pertama, racun mak dia gagal sebab mak dia kebal racun. Komplot kedua tenggelamkan kapal mak dia, berjaya cuma tu la, mak dia boleh pulak berenang rentas tasik tu. Tapi Nero ada backup plan. Sampai je Agrippina ke tebing tasik, dan pulang ke kota, terus dia kena bunuh dengan pengawal peribadi Nero. Habis cerita. Mungkin sebab dah fedup berapa kali orang cuba bunuh dia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply