Kalau tengok betul betul, mata siput tu macam ulat beluncas. Kalau tengok video dia, siap bergerak dan berdenyut macam ulat beluncas lagi. Memang dalam alam rimba kita ada banyak haiwan yang menyamar jadi haiwan lain sebab nak elak kena makan. Tapi, benda ni berbeza untuk siput ni. Mata dia jadi macam tu sebab memang dia mintak kena makan. Haa dah kenapa pulak dia nak diri dia kena makan?

Puncanya mudah. Sebab siput tu dah jadi zombie, dan sesungut mata dia tu sebenarnya dihuni cacing parasit bernama Leucochloridium. Cacing ni padanya bersarang dalam hati siput ni, lama lama dia membesar dan memanjangkan dirinya ke sesungut mata siput ni. Spesis siput yang selalu jadi mangsa cacing ni, siput Amber ni sebenarnya hanya akan aktif pada waktu malam je.

Tapi cacing ni berjaya kawal minda dia untuk keluar waktu pagi, dan panjat bahagian pokok tertinggi supaya senang dilihat burung untuk dimakan. Juga, sebab cacing ni serap banyak nutrien dalam siput tu, siput tu jadi mandul terus sebab tak cukup zat untuk membiak. Memang dah macam zombie dah.

Dia lagi haru bila kita dapat tahu apa jadi bila siput ni kena makan burung tu. Burung burung ni tak makan siput. Diorang makan ulat beluncas dan cacing je. Jadi diorang cuma makan sesungut siput yang nampak macam ulat beluncas tu je.

Siput tu walaupun sesungut dia dah kena kekah, dia masih tak mati. Sesungut terputus tu akan tumbuh balik macam biasa dan kitaran cacing parasit ni akan bermula balik kalau diorang termakan tahi burung yang ada telur cacing ni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply