Cinta ada kekuatan yang luar biasa. Dengannya seorang lelaki boleh menggoncang dunia dan dengannya juga dunianya boleh hancur. Siapa je yang tak pernah patah hati?

Kalau ada kawan korang yang remuk hatinya kerana cinta, jangan lokek untuk pinjamkan telinga dengarkan luahan. Mungkin itulah saat yang paling diperlukan seorang teman.

Bak kata Hazrat Sultan Bahu: “Merawat hati yang remuk seumpama beribadah bertahun-tahun..”

Kekasih yang menjadi sumber kekuatan juga boleh jadi sumber kejatuhan. Kekasih yang dicintai sepenuh hati juga adalah orang sama yang boleh menghancur luluhkan jiwa pecinta. Dalam permainan perasaan ini, yang paling mencinta dialah yang paling menderita.

Dengarkanlah kalam Imam Syafie: “Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat cemburu kepada hati yang berharap selain dengan-Nya. Maka Allah menghalangimu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.”

Daripada buku The Heart of Sufism, kita boleh temui beberapa healing untuk hati:

“Cinta adalah berkah, tetapi berubah menjadi kutukan dalam keterikatan.”

“Seseorang tidak perlu ‘jatuh’ dalam cinta. Seseorang harus bangkit melalui cinta.”

“Dari remuk patah hati, munculkan jiwa yang baru lahir.”

Patah hati jangan diangkap sebuah penamat. Anggaplah ia tak lebih daripada sepotong daripada potongan babak-babak kehidupan yang panjang. Ada lebih banyak babak menarik dan berwarna-warni yang bakal dilalui. Hidup tidak selamanya hitam. Pasti kan ada cahaya di hujung terowong.

Seperti itulah nasihat yang dikatakan Inayat Khan: “Kita semua sedang dalam perjalanan. Hidup itu sendiri adalah sebuah perjalanan. Tidak ada yang menetap di sini. Kita semua harus pergi. Oleh kerana itu, tidak tepat jika dikatakan kita perlu pergi ke mana-mana untuk tidak hidup statik. Sebenarnya, tidak ada orang yang hidup statik di sini. Semua orang gelisah dan semuanya dalam perjalanan. Kegembiraan hidup adalah kegembiraan perjalanan.”

Akhir kata, jika sudah tiada pesan yang mampu menenteramkan, ingatlah firman Tuhan tentang sabar:

سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (Ar-Ra’d, Ayat 24)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply