Kenaikan harga ayam baru-baru ini telah memberikan begitu banyak kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana ayam boleh dianggap antara sumber protein paling mudah dan murah untuk didapati. Apabila harga sudah naik ke tahap tidak masuk akal, sumber protein apa lagi yang masih boleh dinikmati?

Mungkin kita beranggapan harga ayam di Malaysia sudah cukup mahal tetapi jangan terkejut kerana harga ayam Vietnam tersangat. Tapi jangan salah anggap kerana ayam Vietnam dalam artikel ini bukanlah seperti apa yang anda fikirkan. Ayam Vietnam ataupun lebih dikenali sebagai ayam Dong Tao boleh dinobatkan sebagai antara ayam paling mahal di dunia.

Bayangkan sahajalah, harga untuk seekor ayam Dong Tao adalah sekitar RM9000. Persoalannya kenapa ayam Dong Tao sangat mahal, pemerintah Vietnam memang tak peduli dengan kesusahan rakyat ke?

Sebenarnya ayam Dong Toa menjadi mahal kerana terlalu sukar untuk menjumpai baka itu di pasar-pasar sekitar Vietnam. Kalau memang mengidam ayam itu juga, anda perlu pergi ke Kampung Dong Toa di pinggir Hanoi untuk mendapatkannya. Ditambah pula ayam ini sangat unik kerana memiliki kaki yang agak besar dan tebal berbanding ayam subsidi.

Mungkin ada yang anggap setakat kaki sahaja besar buat apa sebab tak ramai suka makan kaki ayam. Kaki ayam Dong Toa menjadi besar dikatakan sebagai tujuan memenangi sabung ayam dengan mudah. Jadi untuk dapatkan ayam Dong Toa, beberapa baka telah dikacukkan sehingga hasilnya terjadi seperti hari ini.

Peminat-peminat alam dan kehidupan luar sana boleh dapatkan buku Biologia melalui shopee kami:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Biologia-Pengajian-Tentang-Makhluk-Kehidupan-i.238336777.15557534470?sp_atk=73df0297-a93e-4593-8b79-1bcb6cd367d8&xptdk=73df0297-a93e-4593-8b79-1bcb6cd367d8

Disebabkan keunikkan tersebut, ayam Dong Toa terutama kakinya yang besar dan tebal mula menjadi habuan golongan diraja bagi dibuat sup. Golongan bangasawan pula mula menjadikan ayam Dong Toa sebagai haiwan peliharaan kerana bulu yang sangat cantik dan aestetik. Faktor sejarah diatas sudah cukup menjadikan ayam Dong Toa berharga sangat mahal tetapi itu sahajakah?

Ada lagi iaitu nak ternak ayam Dong Toa memang cukup renyah. Ini kerana ayam Dong Toa sangat sensitif dengan keadaan sekeliling dan penternak perlu mengeluarkan kos yang sangat banyak. Sudahlah sensitif lepas itu hanya bertelur dalam kuantiti yang sangat sedikit. Kebanyakkan telur itu tidak mampu menetas dengan sempurna tanpa bantuan manusia.

Bermakna penternak perlu menjaga telur ayam Dong Tao seperti bayi baru lahir bagi memastikan ayam dapat bertahan. Tidak seperti ayam biasa, ayam Dong Tao memerlukan masa dari 8 hingga 12 bulan bagi memastikan ia benar-benar membesar dan dewasa. Masalah mula timbul apabila ramai yang mahu ayam Dong Tao gred A yang berumur sekitar 6 hingg 7 tahun.

Penternak pula memang tak mahu jual ayam Dong Tao gred A kerana mereka mahu menggunakan bagi tujuan pertandingan ayam terhensem. Kalau restoran mewah mahukan juga ayam tersebut, mereka perlu membeli dengan sangat mahal. Jumlah itu tidak menjadi masalah kerana permintaan sentiasa ada dan pelanggan tetap sanggup bayar lagi mahal kepada restoran.

Kesimpulannya jika rakan anda menyatakan mereka ingin makan ayam Vietnam, mungkin ayam Dong Tao yang dimaksud. Kepada penggemar kaki ayam, anda boleh beli ayam Vietnam kerana kakinya yang besar akan membuatkan anda merasakan kepuasan maksimum.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Cosgrove, N. (2022, May 25). Why are Đông Tảo chickens so expensive? Here’s the reason! Pet Keen. Dipetik daripada https://petkeen.com/why-are-dong-tao-chickens-expensive/

Floyd, C. (2021, Januari 21). Why Đông Tảo chickens are so expensive. Business Insider. Dipetik daripada https://www.businessinsider.com/these-dragon-chickens-can-sell-for-over-2000-each-2021-1


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply