Pernah seorang tokoh kembara dari kota Venice, Itali bernama Marco Polo menjelajah ke Asia melalui Jalan Sutera pada abad ke-13 Masihi, dan beliau menemui sebuah kota yang digelar sebagai Etzina.
Dikatakan Etzina dibina berdekatan padang pasir yang dikenali sebagai Padang Pasir Gobi dan diduduki oleh bangsa asing yang bernama Tangut. Biasanya kota dibina berdekatan Jalan Sutera untuk tujuan perdagangan, tapi tidak bagi kota Etzina ini.
Etzina hanya dibina khas untuk para pedagang dan pengembara berehat dan dapatkan bekalan untuk meneruskan perjalanan. Penduduk kota sediakan minuman seperti susu dan daging dari haiwan ternakan kepada sesiapa yang singgah.
Kota Etzina yang telah Marco Polo catatkan sebenarnya ialah sebuah kota binaan kaum Tangut sejak tahun 1032. Nama kota itu ialah Khara Khoto yang bermaksud ‘kota hitam’ dalam bahasa Mongolia.
Penduduk Khara Khoto yang berbangsa Tangut atau Xia mengikut sumber China ialah bangsa asal yang menduduki barat laut China. Bangsa ini begitu berguna kepada kerajaan dinasti di China kerana penempatan mereka boleh dijadikan sebagai ‘buffer zone’ dari ancaman kaum Tibet di barat.
Masuk abad ke-11 Masihi, Dinasti Song yang memerintah China sibuk dengan hapuskan ancaman kaum Khitan yang membina kerajaan sendiri bernama Dinasti Liao di timur China.
Dari kesibukan itu, bahagian barat China tidak dijaga dan kaum Tangut mula mengambil kesempatan untuk membina kerajaan mereka bernama Xi Xia atau Xia Barat pada tahun 1038.
Sepanjanh dua abad, kerajaan Xi Xia begitu makmur, terutamanya kota Khara Khoto sehinggalah pada tahun 1226 di mana kerajaan ini akhirnya jatuh di tangan puak Mongol yang mula berkuasa di Asia Tengah.
Tapi, penaklukan Mongol tidak meruntuhkan kerajaan Xi Xia seratus peratus. Mongol jadikan Khara Khoto sebagai tempat persinggahan Jalan Sutera. Ini menjadikan Khara Khoto kembali makmur berkat persinggahan para pedagang dan pengembara!
Pada tahun 1368, penguasaan Mongol ke atas China dengan penububan Dinasti Yuan telah runtuh oleh kebangkitan Dinasti Ming. Saki-baki tentera Mongol berundur ke Khara Khoto dan dibenarkan menetap di sana, kemudian membina kerajaan Dinasti Yuan Utara.
Pada tahun 1372, bala tentera Mongol yang dipimpin oleh Buyan Temur bersedia untuk menyerang China lagi tapi rancangan mereka dihidu oleh kerajaan Dinasti Ming. Kemudian Ming menghantar bala tentera berjumlah 150,000 pimpinan jeneral bernama Feng Sheng untuk menyerang Khara Khoto.
Tibanya tentera Ming dan mengepung Khara Khoto, akhirnya Buyan Temur menyerah kalah. Manakala Khara Khoto dibiar kerana mengalami kekurangan sumber air setelah jatuhnya Dinasti Yuan Utara.
Terdapat kisah lagenda yang menyeramkan setelah Khara Khoto dibiarkan. Seorang jeneral Mongol bernama Khara Bator dikatakan stress selepas rancangan mereka menyerang China gagal akibat pengepungan tentera Ming. Kemudian dia hapuskan seluruh keluarganya sebelum tamatkan dirinya.
Tentera Mongol yang mempertahankan kota mereka telah dihapuskan setelah diceroboh oleh tentera Ming, sehinggalah saki-baki Khara Khoto kononnya dihantui oleh roh-roh tentera Mongol dan Khara Bator. Dari kisah lagenda, tiada warga China sanggup pergi ke kota terbiar itu!
Sekarang, kisah Khara Khoto sebagai kota berhantu tidak lagi menyeramkan setelah ramai pengkaji menjadikannya sebuah lokasi penyelidikan tentang sejarah kaum Tangut selain tempat perlancongan sejarah untuk para pelancong menikmati tinggalan kota purba ini!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih