Pada tahun 2017, pengkaji yang menetap di benua Antartika melakukan penyelidikan mengkaji perut benua paling sejuk itu. Mereka menggali dan dapatkan hasil galian berdekatan lokasi Pulau Pine dan glasier Thwaites, lebih tepat di kawasan laut barat Antartika, sejauh 900 kilometer dari Kutub Selatan.

 

Setelah menggali sejauh 30 meter dari permukaan, mereka temui kandungan tanah di lapisan bawah berbeza dengan kandungan tanah di permukaan Antartika. Ini bermaksud benua Antartika dulu bukanlah sebuah benua yang beku!

 

Menurut ahli geologi bernama Johann Klages dari Institut Alfred Wegener, Helmholtz Centre for Polar and Marine Research in Germany, terdapat perbezaan warna lapisan tanah yang mereka gali, di mana lapisan sedalam 27 hingga 30 meter ialah lapisan berupa daratan, bukan lapisan dasar laut.

 

Kawasan perairan barat Antartika ini adalah kawasan pertama mereka lakukan kajian penggalian. Jadi, penemuan ini adalah yang terbaru dalam rekod mereka. Seterusnya, mereka lakukan imbasan x-ray ke atas dasar laut tersebut.

 

Keputusan imbasan menunjukkan terdapat jaringan berupa fosil akar tumbuhan. Mereka juga melakukan analisis mikroskopik ke atas tanah galian dan menemui banyak benih-benih tumbuhan!

 

 

Ini menunjukkan keseluruhan Antartika termasuklah perairan sekelilingnya ialah sebuah benua yang penuh dengan hutan sekitar 90 juta tahun dulu!

 

Tambahan lagi, menurut ahli paleo-ekologi (mengkaji tumbuhan zaman kuno) bernama Ulrich Salzmann dari Northumbria University di UK (United Kingdom), fosil tumbuhan yang ditemui di pantai barat Antartika mempunyai persamaan dengan spesis-spesis tumbuhan yang meliar di New Zealand.

 

Di sinilah pasukan penyelidikan di Antartika berteka-teki. Memang pada fasa Cretaceous iaitu sekitar 90 juta tahun dulu, Antartika pernah bercantum dengan Australia dan New Zealand, sebagai benua yang besar berada di Kutub Selatan.

 

Masalahnya, bagaimana hutan purba pernah meliar di benua itu padahal kedudukannya di selatan memungkinkan iklim sejuk terjadi?

 

Untuk mencari jawapannya, mereka melakukan simulasi benua Antartika pada 90 juta tahun dulu dan mengetahui apakah jenis iklim berdasarkan data biologi dan geokimia dari tanah galian yang mereka dapati.

 

Simulasi itu menunjukkan bahawa kepekatan karbon dioksida (CO2) di atmosfera pada 90 juta tahun lalu adalah tinggi, melebihi apa saintis andaikan. Ditambah dengan suhu panas mencapai 12 degree Celsius, tumbuh-tumbuhan sememangnya pernha meliar di benua Antartika!

 

Kajian ini mengubah pandangan para saintis dan juga kita, bahawa Antartika pernah ‘hidup’ dengan lebatnya hutan purba dan berkemungkinan banyak hidupan sebelum akhirnya hanya penguin saja yang tinggal.

 

Mungkin, pada masa akan datang apabila Bumi mula nazak, Antartika menjadi benua ‘penyelamat’ jika melahirkan benua yang penuh dengan hutan yang meliar!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.