Baru-baru ini, ramai antara kita baru tahu kewujudan haiwan bernama beruang matahari yang menjadi maskot Tahun Melawat Malaysia 2026. Ada juga yang tak percaya dan anggap pembuat maskot haiwan sengaja mencari pasal!
Sebenarnya, beruang matahari yang juga dikenali sebagai beruang madu memang wujud di dalam hutan hujan tropika Asia Tenggara, dari Bangladesh, selatan China, Indochina, Semenanjung Malaysia, Pulau Sumatra sehinggalah ke Pulau Borneo!
Beruang matahari atau ‘Helarctos malayanus’ ialah spesis haiwan terkecil dari keluarga Ursidae berbanding beruang kutub dan grizzly. Saiz beruang ini hanyalah sepanjang 150 sentimeter (cm) dan beratnya mencecah 70 kilogram (kg).
Bulunya pendek dan halus, berbeza dengan buku beruang lain yang lebih lebat kerana beradaptasi dengan cuaca di tanah rendah yang panas. Warna bulunya hitam dan perang-kehitaman, kecuali di bahagian dadanya yang mempunyai bentuk bulan sabit atau ladam kuda yang berwarna kuning.
Walaupun spesis beruang ini kecil, tapi ia berbahaya kerana mempunyai cakarnya yang panjang seperti sabit. Cakar beruang matahari begitu berguna untuk memanjat pokok bagi mencari makanan kegemarannya, iaitu madu. Lidahnya sangat panjang, sekitar 25 sentimeter supaya dapat keluarkan madu dari sarang lebah.
Selain madu, beruang ini juga memakan serangga dan buah-buahan. Cakarnya juga membantu dalam mengorek dahan mati dan tanah untuk mencari sebarang serangga seperti kumbang dan anai-anai sebagai sumber protein. Spesis mamalia ini juga menghabiskan hidup hanya di atas pokok.
Uniknya spesis beruang ini berbanding beruang lain ialah ia tidak perlu berhibernasi kerana hidup di kawasan tropika yang tidak mempunyai kitaran empat musim, berbeza dengan spesis beruang lain di kawasan latitud utara yang harus berhibernasi apabila tibanya musim sejuk.
Jadi, beruang matahari sentiasa aktif siang dan malam tapi ia lebih aktif pada waktu malam demi mencari sebarang makanan. Maka, beruang ini aktif sebagai haiwan nokturnal.
Dalam rantai makanan, beruang matahari berada di kedudukan teratas, setanding dengan haiwan pemangsa lain seperti ular dan harimau. Tapi, populasi haiwan ini merosot akibat tindakan para petani yang menganggap beruang yang menceroboh sebagai haiwan perosak.
Beruang ini juga diburu bagi mendapatkan bulu dan hempedunya yang dianggap berkhasiat dalam perubatan tradisional Cina. Pada tahun 2007, pihak IUCN mengkelaskan beruang matahari sebagai spesis ‘terdedah’.
Banyak zoo memelihara beruang matahari dari diancam oleh pembangunan dan pemburuan. Ada juga pusat pemuliharaan bernama Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (Bornean Sun Bear Conservation Centre) yang bertempat di Sepilok, Sabah bagi tingkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan spesis beruang kecil ini.
Harap kita semua dapat peka akan kewujudan haiwan mamalia ini, sekaligus menjadi warga yang dapat melindunginya dari diancam kepupusan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih