Kita selalu dengar kisah khalifah Islam yang hebat dalam peperangan atau pemerintahan. Tapi pernah tak kita dengar pasal seorang khalifah yang benar-benar jatuh cinta dengan ilmu dan debat?
Nama dia; Khalifah al-Ma’mun.
Beliau memerintah semasa zaman kemuncak Khilafah Abbasiyah, awal abad ke-9. Tapi apa yang buat al-Ma’mun ni istimewa bukan sekadar kuasa politik, tapi cara dia mengangkat ilmu ke tempat paling tinggi dalam tamadun.
Selepas menang perang saudara lawan adik dia, al-Amin, al-Ma’mun berjaya stabilkan politik dalam negara. Tapi yang menarik, dia tak terus sibuk dengan kuasa. Sebaliknya, dia tumpu kepada ilmu pengetahuan.
Dia bukan khalifah yang duduk dalam istana goyang kaki. Dia sendiri turun padang, masuk majlis perbincangan, dan terlibat aktif dalam wacana ilmu dan bukan jenis yang takut pada idea luar kotak.
Antara pencapaian paling besar zaman dia ialah usaha memajukan Bayt al-Hikmah di Baghdad. Jangan ingat Bayt al-Hikmah ni macam perpustakaan biasa. Ini pusat ilmu yang sangat gah.
Bayt al-Hikmah jadi tempat ilmuwan dari pelbagai latar belakang berkumpul, berbincang, menterjemah, dan menulis karya agung. Buku-buku dari Yunani seperti tulisan Aristotle dan Galen diterjemah ke Arab di sini – dan ratusan tahun kemudian, karya-karya ni sampai ke Eropah, bantu bangunkan Zaman Pembaharuan di sana.
Tapi apa yang buat al-Ma’mun paling unik ialah kecintaan dia pada debat ilmiah. Dia suka panggil ahli falsafah, ulama, saintis dan wakil agama-agama lain untuk berdebat secara terbuka. Bukan untuk menang, tapi untuk cari kebenaran.
Dan yang paling gempak, dia sendiri masuk debat tu! Bayang seorang ketua negara sanggup berdebat dengan ilmuwan tentang isu akal, wahyu, sains dan falsafah.
Cuma, tak semua setuju dengan pendekatan dia. Waktu pemerintahan al-Ma’mun juga tercetusnya Mihnah. Ramai ulama besar seperti Imam Ahmad bin Hanbal terkesan. Niatnya mungkin nak satukan fahaman, tapi cara pelaksanaannya jadikan Khalifah al-Ma’mun kontroversi.
Walaupun begitu, tak dapat dinafikan bahawa zaman al-Ma’mun ialah zaman kemuncak keilmuan Islam. Dia jadi simbol pemimpin yang letak ilmu di tengah pentadbiran. Dia percaya, kalau nak bangunkan umat, kena hidupkan budaya ilmu, buka ruang berfikir, dan hormat perbezaan pandangan.
Itulah semangat yang kita patut tiru hari ini. Sebab akhirnya, bangsa yang paling kuat bukan yang paling banyak senjata, tapi yang berani fikir, bertanya, dan mencari kebenaran.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.