Bila sebut Viking, ramai terus terbayang kapal panjang mereka di perairan England dan Perancis; serang biara, bakar kampung dan jarah kota. Tapi satu sisi sejarah yang jarang disebut ialah bagaimana Viking Rus pernah belayar ke Baghdad, ibu kota kegemilangan dunia Islam!
Viking Rus ini bukan penakluk yang sama seperti yang menyerang Eropah Barat. Mereka adalah pedagang dan penjelajah yang mahir menguasai laluan air. Mereka berjaya membuka laluan perdagangan yang menghubungkan Laut Baltik ke wilayah Islam, khususnya ke Baghdad, pusat tamadun dunia pada abad ke-9 hingga ke-10.
Perjalanan mereka bermula dari kawasan Scandinavia, merentasi Sungai Neva, masuk ke Tasik Ladoga, dan menyusuri Sungai Volkhov. Dari situ, mereka ada dua pilihan: ikut Sungai Dnieper menuju ke Byzantium, atau ikut Sungai Volga menuju ke Laut Caspian, yang membawa terus ke wilayah bawah kekuasaan Khilafah Abbasiyah.
Laluan Volga inilah yang membuka pintu ke Baghdad. Namun, perjalanan itu bukan semudah menyusuri sungai. Kadangkala mereka terpaksa angkat kapal melintasi daratan, menempuh arus deras, malah bertempur dengan suku-suku tempatan yang menghalang perjalanan mereka. Tapi disebabkan nilai perdagangan yang tinggi, Viking sanggup mengulang-ulang ekspedisi ini selama beberapa generasi.
Kenapa Baghdad menjadi destinasi pilihan mereka?
Kerana Baghdad bukan sembarangan kota. Ia adalah ibu kota Khilafah Abbasiyah, pusat perdagangan dan ilmu pengetahuan paling maju di dunia ketika itu. Kekayaan kota Baghdad memukau Viking Rus untuk berdagang.
Kota ini menjadi tempat pertemuan pedagang dari China, India, Afrika dan Eropah.
Di sana, Viking menukar bulu binatang, hamba, dan kayu dengan dirham perak, sutera, dan rempah-ratus. Bukti hubungan ini dapat dilihat pada penemuan syiling Abbasiyah di banyak tapak arkeologi Viking di Eropah Utara.
Jelas, Viking bukan sekadar pahlawan laut. Mereka juga pedagang pintar yang sanggup merentas benua demi berdagang dengan pusat dunia Islam yang makmur dan berpengaruh. Baghdad bukan hanya destinasi komersial, tetapi lambang kecanggihan dunia Islam.
Perjalanan jauh mereka ini membuktikan satu perkara penting: pengaruh dan daya tarikan Baghdad sebagai kota ilmu dan perdagangan telah sampai jauh ke utara Eropah. Ia menjadi bukti bahawa tamadun Islam bukan sahaja dihormati kerana keilmuan dan kekuatan, tetapi juga menjadi tumpuan dunia, termasuk oleh bangsa Viking.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.