Kalau hari ini kita kenal nama seperti Hippocrates atau Galen dalam sejarah perubatan, dunia Islam pula punya satu nama agung yang tidak kurang hebatnya; Ibnu Sina!
Beliau bukan sekadar doktor biasa, tetapi seorang falsafahwan, ahli fizik, saintis, matematikawan, dan tokoh ensiklopedia yang menjadi wajah paling menonjol dalam kecemerlangan Zaman Keemasan Tamadun Islam.
Dilahirkan pada tahun 980 Masihi di Afshana, sebuah kawasan berhampiran Bukhara (kini di Uzbekistan), Ibnu Sina membesar dalam sebuah dunia Islam yang sedang memuncak dari segi intelektual dan budaya.
Waktu itu, kota-kota seperti Baghdad, Rayy dan Bukhara menjadi tumpuan ilmuwan dari seluruh dunia. Ibnu Sina membesar dalam persekitaran yang menghargai akal, ilmu dan pengetahuan. Suasana itu menjadi satu nilai penting dalam tamadun Islam ketika itu.
Sejak usia kecil, beliau sudah menunjukkan kecerdasan luar biasa. Bayangkan, pada umur 10 tahun dia sudah menghafal al-Quran. Tidak lama kemudian, dia mendalami logik, matematik, muzik, fizik, metafizik dan perubatan.
Ketika berusia 16 tahun, beliau sudah mengatasi guru-gurunya sendiri, dan pada umur 18 tahun, dia diiktiraf sebagai doktor terkemuka, merawat pesakit tanpa bayaran. Selepas melepasi dunia remaja, beliau menulis risalah-risalah ilmiah yang kini dianggap warisan intelektual dunia.
Namun kemuncak pencapaiannya ialah karya agung Al-Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine), satu ensiklopedia perubatan lima jilid yang merangkum pengetahuan perubatan dari Yunani, India, Parsi dan dunia Islam sendiri.
Buku ini mengandungi lebih 1 juta perkataan, dengan huraian tentang anatomi, penyakit, rawatan, ubat-ubatan, diagnosis, pembedahan, dan farmakologi. Ia menjadi buku teks utama di universiti Eropah seperti di Montpellier dan Bologna sehingga abad ke-17!
Yang mengagumkan, Ibnu Sina tidak hanya menyalin ilmu lama, beliau mengkritik, menguji, dan menyaring idea-idea tersebut dengan semangat ilmiah yang tinggi. Bagi beliau, ilmu mesti dibina atas asas akal dan bukti, bukan taklid buta.
Dalam bidang falsafah pula, beliau banyak terpengaruh dengan Aristotle, tapi tetap menggabungkan pemikiran itu dengan pandangan Islam, lalu menghasilkan satu sintesis unik yang disebut “falsafah peripatetik Islam”.
Antara sumbangan besar lain beliau termasuk:
Penghuraian tentang penyakit berjangkit dan pentingnya kebersihan.
Teori bahawa emosi boleh mempengaruhi kesihatan fizikal.
Kajian dalam neurologi, oftalmologi, dan psikologi klinikal.
Dan penegasan bahawa akal adalah anugerah Tuhan yang wajib digunakan untuk memahami alam dan diri sendiri.
Walau hidup dalam zaman yang penuh konflik dan ketidakstabilan politik, Ibnu Sina tidak pernah berhenti menulis. Sepanjang hidupnya, beliau menghasilkan lebih 450 karya, walaupun hanya sekitar 240 yang masih wujud hari ini, dan itu pun sudah membuktikan keluasan ilmunya yang luar biasa.
Hari ini, nama Ibnu Sina terus dikenang sebagai simbol saintis Muslim yang menyatukan iman dengan akal, wahyu dengan ilmu, dan ketuhanan dengan logik.
Beliau membuktikan bahawa Islam bukan penghalang kepada sains, bahkan menjadi sumber inspirasi untuk meneroka dan memahami ciptaan Tuhan dengan lebih mendalam.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.