Manusia prasejarah meninggalkan banyak jejak untuk dikaji saintis moden. Umumnya, semua orang tahu manusia prasejarah bertebaran ke seantero dunia daripada bumi Afrika.

Faktor cuaca menyebabkan Afrika sangat sesuai untuk menampung kehidupan prasejarah. Perubahan iklim pula menjadi punca manusia berani mengharungi cabaran di tempat baru (Hawley, 2021).

Semua orang tahu manusia prasejarah pintar dan tidak primitif. Kemahiran mereka mengalahkan ramai dalam kalangan manusia moden, cuma terhad dari segi teknologi sahaja.

Patung-patung dikenakan cawat tidak bermakna manusia prasejarah semuanya bercawat.

Banyak benua ditembusi manusia prasejarah selepas meninggalkan Afrika. Tetapi sedar tidak – Tanah Arab adalah gerbang ke Asia dan Eropah. Ini yang menjadi persoalan utama.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Macam mana manusia prasejarah mengharungi cuaca panas Timur Tengah? Saintis belum jumpa sebarang bukti pembotolan air. Jadi ada kemungkinan mereka bermigrasi sedikit demi sedikit sampai tembus Tanah Arab.

Tetapi kemungkinan bukan kepastian, hanyalah andaian yang tidak layak dianggap teori berfakta.

Puas tengok kemahiran dan teknologi manusia prasejarah. Saintis tidak mendapat jawapan. Jadi mereka mula tengok keadaan Timur Tengah.

Teliti punya teliti, mereka jumpa sesuatu yang sangat menarik… di luar jangkaan sebelum ini.

Kekayaan Hasil Bumi Arab

Sekitar 1970-an, kerajaan Arab Saudi meluluskan sebuah misi penjelajahan arkeologi. Misi ini mendapat perhatian Raja Abdullah pada tahun 2012.

Baginda meluluskan dana supaya saintis-saintis terlibat boleh mengkaji lebih mendalam.

Lima tahun mereka berpakat dengan sarjana-sarjana ternama Saudi. Tujuh negara siap menghantar sarjana tersendiri. Jadi golongan yang takut pada kebenaran takkan berpeluang cakap “ini dapatan saintis kafir”.

Sebab yang terlibat adalah dalam kalangan orang Islam juga.

Bersama-sama, golongan cerdik pandai ini mendapati yang bumi Arab sebenarnya hijau belaka dulu. Kehijauan bumi Arab memudahkan manusia pergi sana sini daripada Afrika ke benua lain (Gornall, 2015).

Usaha menghijaukan bumi Arab?

Di sebalik kehijauan ini, terdapat tasik dan sungai yang menjadi syurga duniawi buat harimau, gajah dan badak air.

Macam mana keadaan Afrika sekarang, macam itulah lembah-lembah Arab terdahulu… sebelum perubahan iklim menokhtahkan takdir baru untuk diangguk Timur Tengah.

Dan menurut seorang saintis yang terlibat, perubahan ini adalah proses osmosis. Kehijauan bumi Arab sudah lama pergi… tetapi pemergiannya adalah kerana sebuah kitaran ribuan tahun.

Jika dulu kehijauan Arab pudar menjadi debu padang pasir, tidak lama lagi debu Arab pula akan menghijau balik. Itulah kitaran Arab, disahkan berlaku pada setiap masa selama jutaan tahun. Ertinya, ada satu zaman yang manusia ditakdirkan keluar daripada Afrika, dan destinati manusia ketika itu sangat mengejutkan. Tanah Arab kerana kehijauannya.

Rahsia Purbakala Di Bumi Arab

Saintis menemui bukti bahawa Tanah Arab menjadi tempat persinggahan manusia prasejarah sejauh 400,000 tahun dulu. Terlampau banyak bukti peralatan batu ditemui sana, terutamanya di pinggiran padang pasir berwarna putih kelabu.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Diulangi semula, Timur Tengah mempunyai padang pasir yang terbentang luas. Banyak berwarna jingga, bertompok-tompok pula dengan warna putih kelabu.

Dan peralatan batu ditemui di pinggiran tompok-tompok putih kelabu ini… kerana tompokan ini adalah kubur tasik purbakala (The Associated Press, 2021).

Gambar daripada drone. Cari kereta dalam gambar ini untuk bayangkan saiznya.

Penyelidikan ini jelas sekali suatu khabar duka daripada Arab. Tompokan-tompokan ditemui pernah menjadi tempat wujudnya tasik.

Dan jika Timur Tengah menjadi hijau oleh kerana perubahan iklim yang sedang berlaku, tentu sekali pasir gersang ini akan basah semula seperti ditentukan hukum alam suatu masa dahulu.

RUJUKAN:

The Associated Press. (2021, September 2). Middle East deserts were once home to rivers, lush green grassland with hippos: Study. Al Arabiya.

Gornall, J. (2015, Mei 13). When Arabia was green: lush grasslands helped early man make leap out of Africa. The National News.

Hawley, J. (2021, Januari 22). Why Did Early Humans Leave Africa? Discover Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply