Pengangkutan udara merupakan pencapaian terhebat manusiawi. Ini kerana ia membuka dunia seluas-luasnya kepada manusia untuk pergi dan balik ke sesuatu tempat dalam masa beberapa jam. Tetapi di sebalik hakikat ia lebih selamat daripada pengangkutan-pengangkutan lain, terdapat beberapa insiden kemalangan udara terburuk pernah direkodkan dalam sejarah.

  • Serαngan 11 September 2001

Sehingga hari ini, insiden 11 September masih dianggap sebagai insiden kemalangan udara terburuk dalam sejarah. Pada hari itu, empat buah pesawat komersial dirampas oleh pengganas di mana tiga daripadanya mengenai bangunan Pusat Perdagangan Dunia (WTC) dan Pentagon. Sementara satu lagi pesawat terhempas di Pennsylvania selepas penumpang bergelut dengan pengganas dalam kapal terbang. Serαngan ini menyaksikan lebih 3,000 orang terbμnuh. Ia juga dijadikan alasan oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Afghanistan beberapa minggu kemudian.

  • Perlanggaran pesawat di Lapangan Terbang Tenerife 1977

Insiden ini dianggap insiden terburuk kemalangan udara bukan keganasan dalam sejarah. Perlanggaran dua pesawat KLM dan Pan Am di landasan Lapangan Terbang Tenerife menyaksikan 600 orang terbμnuh. Gangguan radio dan kabus tebal mengakibatkan pesawat KLM cuba berlepas tatkala pesawat Pan Am masih berada di landasan. Semua penumpang KLM dan sebahagian penumpang Pan Am disahkan terbμnuh. Hanya 61 orang sahaja yang terselamat dalam insiden tersebut.

  • Kemalangan Japan Airlines 123 1985

Dianggap kemalangan udara terburuk membabitkan satu pesawat, pesawat ini dalam perjalanan dari Tokyo ke Osaka apabila satu letupan memusnahkan bahagian penstabil tegak dan sebahagian ekor pesawat. Walaupun pesawat berjaya terbang di udara selama setengah jam, ia terhempas di Gunung Takamagahara. 524 orang terbμnuh dalam insiden itu dengan empat orang wanita sahaja yang terselamat.

  • Perlanggaran udara Charkhi Dadri 1996

Seperti di Tenerife pada 1977, salah faham sekali lagi menjadi punca kemalangan. Tetapi kesilapan memahami arahan dan kebenaran pengawal trafik oleh juruterbang mengakibatkan penerbangan Saudi Arabia Airlines 763 dan penerbangan Kazakhstan Airlines 1907 berada di laluan udara yang sama. Satu pesawat sedang naik sementara satu lagi pesawat hendak mendarat semasa perlanggaran berlaku. Bangkai pesawat Saudi Arabia Airlines musnah dalam beberapa bahagian. Sementara pesawat Kazakhstan Airlines pula terhempas di sebuah padang lapang.

  • Pengebθman pesawat Air India 182 1985

Sebelum serαngan 11 September, insiden pengebθman pesawat ini dianggap yang terburuk dalam sejarah penerbangan dunia. Pesawat Air India 182 ini dalam perjalanan dari Toronto ke London. Bagaimanapun, semasa ia terbang sekitar Cork, Ireland, bθm yang ditinggalkan dalam pesawat meletup dan membμnuh krew dan anak kapal.

Satu-satunya individu yang ditangkap berkaitan insiden ini ialah seorang pengganas Sikh bernama Inderjit Singh Reyat. Reyat dikatakan bekerjasama dengan sebuah kumpulan pemisah Sikh yang diketuai Talwinder Singh Parmar. Pihak berkuasa Kanada percaya kedua-duanya bekerjasama bagi menjayakan serαngan tersebut. Reyat dibebaskan pihak berkuasa pada 2016 selepas menjalani hukuman penjara selama 20 tahun.

  • Serαngan ke atas Iran Air 655 1988

Pada tahun 1988, konflik tercetus antara Iran dan Iraq. Iraq yang dipimpin Saddam Hussein ketika itu mendapat sokongan Amerika Syarikat untuk melawan jirannya itu. Sokongan AS termasuk menempatkan kapal perangnya di Teluk Parsi dan melindungi laluan kapal tangki minyak. Tetapi semua itu berubah pada 3 Julbai 1988 apabila kapal USS Vincennes menembak jatuh pesawat Iran Air 655 yang berlepas dari Bandar Abbas. Akibatnya, 290 penumpang dan krew terbμnuh.

Pada ketika itu, kapal Tentera Laut AS itu terlibat dalam pertempuran laut dengan angkatan laut Iran. Sehingga hari ini, AS masih enggan memohon maaf atas apa yang berlaku walaupun telah membayar ganti rugi kepada keluarga waris pada 1996. Isu ini menjadi duri dalam daging kepada hubungan Iran-AS.

  • Serαngan ke atas Malaysia Airlines 17 2014

Bertahun-tahun selepas insiden Iran Air 655, dunia dikejutkan dengan insiden pesawat Malaysia Airlines 17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine di pinggir kota Donetsk. Pada ketika itu, konflik tercetus antara pemisah pro-Rusia dengan tentera Ukraine. Komuniti antarabangsa percaya ia ditembak jatuh oleh peluru berpandu tetapi tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab.

Pada 2018, pasukan penyiasat Belanda merumuskan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK milik Rusia. Walau bagaimanapun, ia dijangka tidak akan menemui konklusi berikutan keengganan Rusia menyerahkan semua suspek yang disenaraikan pihak Belanda untuk perbicaraan.

  • Kehilangan Malaysia Airlines 370 2014

Beberapa bulan sebelum insiden Malaysia Airlines 17, syarikat itu menerima kejutan kehilangan pesawat MH370. Sehingga hari ini, lokasi sebenar bangkai pesawat yang sepatutnya terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada hari kehilangannya masih lagi misteri. Sejak itu, pelbagai teori dikeluarkan bagi menjelaskan kehilangannya dari hipoksia hinggalah sabotaj membabitkan penumpang atau krew. Insiden ini menyaksikan 239 orang hilang dengan keluarga waris di luar negara terutama China menggesa pencarian baru dilaksanakan.

  • Lion Air 610 dan Ethiopian Airlines 302

Penulis mengumpulkan dua insiden di sini kerana ia membabitkan jenis pesawat yang sama: Boeing 737 MAX. Pada Oktober 2018, pesawat Lion Air 610 yang baru 13 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta terhempas ke Laut Jawa. Siasatan pihak berkuasa Indonesia mendapati pesawat tersebut terhempas akibat masalah kawalan penerbangan yang dicetuskan oleh Sistem Penambahan Corak Penerbangan (MCAS).

Lima bulan kemudian, pesawat Ethiopian Airlines 302 yang dalam perjalanan dari Nairobi, Kenya ke Addis Ababa, Ethiopia terhempas enam minit selepas berlepas. Apabila data pada kotak hitam pesawat diperiksa, ia mendedahkan masalah sama: MCAS. Dua kemalangan ini menyaksikan 346 orang terbμnuh dan Boeing 737 MAX digantung daripada semua penerbangan. Walaupun mendapat kelulusan untuk terbang semula pada November 2020, ia sekali lagi digantung daripada penerbangan oleh Boeing beberapa bulan kemudian. Ini selepas mereka mengesan satu lagi masalah perisian pada sistem pesawat.

Kalau anda berminat nak membaca mengenai tragedi-tragedi pesawat di seluruh dunia, kami nak cadangkan sebuah buku terbaru terbitan kami, PENERBANGAN TERAKHIR: MH17 dan MH370. Buku ini ditulis oleh Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman yang merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), yang terlibat dalam siasatan dua tragedi ini. Beli di: http://bit.ly/penerbanganterakhir 

RUJUKAN

Noland, D. dan Peterson, B. (2021, 29 April). 13 Plane Cra.shes That Changed Aviation. Popular Mechanics.

Luis, E. (2021, 23 September). The Worst Plane Cras.hes in History. Ranker.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply