Anatolia merupakan benteng Romawi Timur dari serangan pasukan Islam sewaktu penaklukan Wilayah Rom Timur. Wilayah Anatolia ini merupakan pintu masuk ke arah Kota Konstantinopel. Pada era pemerintahan Kesultanan Seljuk, Sultan Alparslan memimpin pasukannya untuk menakluk semenanjung ini. Namun, hasratnya terbatal kerana baginda ingin menumpukan ekspedisi untuk menundukkan Kerajaan Fatimiyyah.

 

Ketiadaan Pasukan Sultan Alparslan ini memberikan peluang kepada Maharaja Rom pada ketika itu, Romanos IV Diogenes untuk menakluk Empayar Seljuk. Pasukan Rom memulakan penaklukannya dengan menakluk beberapa kota milik Kerajaan Seljuk termasuklah kota Antakiah (Antioch).

 

Perkara ini sampai ke pengetahuan Sultan Alparslan. Baginda segera berpatah semula dari ekspedisinya ke Fatimiyyah dan menghadapi pasukan Rom. Kedua dua pasukan ini bertemu di Manzikert dan pertempuran ini dicatatkan dalam sejarah sebagai permulaan Empayar Seljuk untuk bertapak di Anatolia.

 

Peperangan ini juga menjadi permulaan bertapaknya Turki di Anatolia dan permulaan kepada perjalanan menakluk Kota Konstantinopel. Menurut rekod Arab dan Turki mengatakan jumlah pasukan Rom ini seramai 100 000 orang dan pasukan Seljuk berjumlah 30 000 orang. Jumlah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara dua pihak ini.

 

Sultan Arparslan sebelum.menghadapi pasukan Rom ini, beliau mengenakan kain kafan pada dirinya sebelum terjun ke medan perang. Perang kemudiannya tecetus dengan sengitnya antara dua pihak ini. Akhirnya, pasukan Islam memenangi pertempuran ini dan menewaskan pasukan Rom.

 

Dalam pertempuran ini juga, Sultan Alparslan juga telah menawan Romanos IV Diogenes dan menjadikan tawanannya. Dalam pada itu, Sultan Alparslan tidak membunuhnya bahkan memberi layanan baik kepadanya. Bukan setakat itu, Sultan Alparslan menghantarnya pulang ke Konstantinopel dengan tentera peribadinya.

 

Setibanya di Konstantinopel, beliau telah digulingkan dari takhtanya dan akhirnya Romanos dilucutkan dari takhtanya. Itulah kemenangan pasukan Seljuk yang kemudiannya menjadi titik permulaan penaklukan Anatolia bagi bangsa Turki.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply