Kesultanan Mughal yang berkuasa di benua India telah membangun dengan bantuan dari Khilafah Turki Uthmaniah. Semasa zaman Babur, mereka telah belajar teknologi serbuk letupan dari jeneral-jeneral Uthmaniyah yang dihantar khas dari Istanbul.
Terdapat suatu kisah menarik yang dirakamkan pada abad ke-14. Seydi Ali Reis, seorang laksamana armada kapal Uthmaniyah baru selesai bertempur dengan kapal perang Portugis. Kerana ancaman taufan yang mengganas, dia perlu berundur ke pesisiran laut India. Armada ini berlabuh di jajahan Mughal dan bertemu dengan Mughal Sultan Humayun yang berada di situ.
Rombongan Uthmaniyah ini emndapat sambutan hangat dari Humayun Shah. Sewaktu inilah, direkodkan sebuah dialog yang sangat menarik.
Humayun Shah: Di antara India dengan benua Eropah, mana satu lagi hebat?
Seydî Ali Reis: Kekayaan India tidak sampai pun satu persepuluh daripada kekayaan Sultan Uthmaniyah yang memerintah tujuh benua. Aku dengar, orang Cina pun doakan Uthmaniyah dalam khutbah jumaat.
Humayun Shah: Bahkan memang benar, gelaran sultan di bumi memang milik Devletlû Hüdavendigar (Turki Uthmaniyah) dan tiada yang lain.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Turki Uthmaniyah memang diperakui bukan sahaja oleh Kesultanan Mughal, bahkan sampai ke Kesultanan Acheh yang berada di Nusantara. Korang boleh mengimbau keagungan Uthmaniyah dalam UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI. Klik https://bit.ly/UthmaniyahDiHujungJariWebstore




No comments yet