Sebelum kebangkitan kerajaan Islam di Madinah, belahan utara tanah Arab tertakluk di bawah jajahan Empayar Rom Byzantine. Mereka mendapat tentangan hebat dari kerajaan Arab Lakhmids yang berpengkalan di al-Hirah.

Rom Byzantine menjalin hubungan diplomasi dengan Kerajaan Arab Ghassanids sementara Parsi Sassanid menjalin pakatan dengan kerajaan Arab Lakhmids. Kedua-dua kerajaan Arab ini beragama pagan dan menyembah berhala. Mereka memusuhi agama Kristian yang dibawa oleh Rom. Sewaktu ini, rakyat Byzantine mengamalkan mazhab Chalcedonian Orthodox atau East Syriac Rite.

Semasa Perang Iberian yang berlangsung pada 526-532, berlaku sebuah tragedi mengerikan. Peperangan ini terjadi di antara Rom Byzantine di bawah perintah Maharaja Justinian I dengan Parsi Sassanid. Kedua-dua empayar menghantar proxy mereka bagi melemahkan musuh. Ghassanids dan Lakhmids bertempur di medan perang.

Al-Mundhir, raja Kerajaan Lakhmid yang telah mengganas di Roman Syria, Palestin dan Mesopotamia akhirnya dapat dikalahkan di luar wilayah Daras yang terletak di Mesopotamia. Baginda terus berusaha menakluk semula jajahan Rom dengan menyerang Antioch, Syria. Namun, tindakan pantas Maharaja Justinian I menggagalkan usahanya.

Kerana buntu dengan episod kekalahan, al-Mundhir berpaling kepada berhalanya dan melakukan ritual pagan. Baginda telah mengorbankan 400 orang rahib Kristian kepada berhala Uzza untuk memperoleh kekuatan dan perlindungan. Darah-darah rahib yang tidak bersalah itu dipersembahkan buat Uzza.

Sebelum kedatangan Islam, korban manusia memang menjadi suatu kebiasaan dalam bangsa Arab bagi meminta hajat kepada berhala. Bak kata Umar al-Khattab: “Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam. Kalau kita mencari selain Islam, kita akan hancur binasa.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Rom Byzantine dikalahkan oleh Khalid al-Walid dalam sebuah pertempuran bersejarah. Kalau korang nak tahu lagi lanjut, cepat dapatkan KITAB TAMADUN ROM yang penuh dengan trivia sejarah dan budaya Rom. Klik https://bit.ly/KitabTamadunRomWebstore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply