Pemerintahan Nabi Sulaiman di Baitul Maqdis merupakan tempoh kemakmuran bagi Bani Israil di Filistin. Bangsa ini mendiami tanah Filistin dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman AS. Nabi Sulaiman AS merupakan pewaris kepada Nabi Daud AS dalam pemerintahan negara pada waktu itu. Usai kewafatan Nabi Sulaiman AS, kerajaan Bani Israil di Filistin mulai berpecah dua.

Sebahagian menjadi sebuah kerajaan utara dan beribu kota di Samaria. Di bahagian ini, majoritinya berasal dari keturunan 10 Keturunan Bani Israil selain Yahuda dan Bunyamin. Di sebelah selatan pula, terdiri daripada keturunan Yahuda dan Bunyamin. Kerajaan ini berpusat di Baitul Maqdis. Kerajaan Utara telah lebih dahulu ditakluk oleh musuh pada 722 SM oleh Empayar Assyria. Empayar ini telah menjarah Filistin utara sehingga banyak penduduknya diasingkan dan identiti mereka telah hilang. Mereka ini kemudiannya nanti bergelar “The Lost Ten Tribes”.

Di sebelah selatan pula dapat bertahan lebih lama daripada kerajaan Utara. Kerajaan ini kemudiannya juga diserang oleh kuasa luar iaitu Empayar Babylon. Empayar ini dipimpin oleh Nebuchadnezzar II telah membantai kesemua penduduk Yahudi di Tanah ini. Bukan sekadar itu,warga Yahudi juga telah ditawan dan dibawa ke Babylon. Hal ini dipanggil sebagai pengusiran pertama untuk kaum Yahudi.

Hal ini juga turut disebabkan sikap Bani Israil juga yang pada ketika itu telah mula menyembah berhala dan menyembah selain Allah. Keadaan ini berlanjutan sehingga pemerintahan Cyrus The Great yang telah menundukkan kerajaan Babylon dan memimpin Empayar Achaemenid. Cyrus telah mengeluarkan dekrit unuk marga Yahudi untuk pulang ke tanah air mereka di Jurusalem.

Impak daripada serangan Empayar Assyria dan Babylon ini menyebabkan Kerajaan Israil di Filistin tidak dapat berdiri sepertimana kegemilangan mereka dahulu dalam era Kerajaan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.