Lihat kawan di sekeliling kita. Ada kawan yang kulitnya hitam manis, ada kawan yang kulitnya sawo matang, dan ada juga kawan yang kulitnya macam kulit mat saleh!
Sebenarnya, perbezaan warna kulit antara manusia terjadi akibat evolusi badan manusia itu sendiri. Tengok kawasan geografi pun kita dah tahu, di mana tempat ramai manusia berkulit hitam dan di mana tempat ramai manusia berkulit cerah berada.
Kulit manusia ada melanin, iaitu pigmen hitam yang dihasilkan oleh sel unik bernama melanocytes. Kalau kulit terdedah banyak oleh sinaran matahari, melanin perlu dibanyakkan. Jadi, wujudlah kulit berwarna gelap atau hitam. Manusia yang mempunyai warna kulit sebegini tinggal di kawasan khatulistiwa seperti Asia Tenggara, Afrika, dan Amerika Selatan.
Kalau manusia tinggal di kawasa latitud tinggi atau berdekatan kutub, jumlah melanin berkurang sebab sinaran matahari tidak banyak memancar kulit manusia. Sebab tu mat saleh dari Eropah dan Amerika Utara ramai berkulit cerah!
Jadi, boleh dianggap melanin ni bertugas sebagai pelindung semula jadi dari kulit menghidap kanser kulit akibat terdedah oleh sinaran UV (ultraviolet) dari matahari.
Jadi, macam mana dengan manusia albino iaitu satu badan dari rambut sampai ke kaki berwarna putih? Mereka sebenarnya mengalami albinisme, iaitu kecacatan genetik di mana mereka lahir dengan amat kurang jumlah melanin dalam tubuh.
Inilah penjelasan dia mengapa kita semua begitu berbeza kulit sampai lahir pelbagai bangsa.




No comments yet