Isu perubahan iklim bukan lagi sekadar omong kosong tetapi realiti yang dihadapi semua hidupan di dunia ini. Salah satu hidupan yang terancam dengan isu ini ialah terumbu karang. Tetapi saintis mendakwa dengan ‘merumput’, ia sebenarnya membantu terumbu karang menghasilkan lebih banyak batu karang baru di laut.

‘Merumput’ di sini ialah membuang sejumlah besar alga daripada batu karang dan mengeluarkannya daripada laut. Seperti merumput membabitkan tumbuhan, rumput dan lalang boleh mengambil lebih banyak air dan tanah daripada tumbuhan yang ditanam. Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan pertumbuhan tumbuhan tersebut terbantut.

Di laut, batu karang berdepan masalah pencemaran dan suhu air laut yang panas. Dengan alga wujud di sekitarnya, ia menyukarkan karang sebegini untuk berkembang.

Bagi ahli ekologi Hillary Smith dari Universiti James Cook, Australia, ia dilihat alternatif sementara yang dapat memberi rangsangan kepada pertumbuhan karang. Pada masa sama, beliau masih melihat pengawalan isu perubahan iklim sebagai rancangan terbaik untuk memelihara khazanah alam yang tidak ternilai ini.

Ada sebab dunia harus khuatir dengan keupayaan kesihatan batu karang dalam dunia yang semakin mencabar ini. Menjelang 2050, 90% batu karang dunia akan berdepan masalah tekanan haba. Sementara liputan alga kini didapati pada dua pertiga terumbu karang di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, lebih separuh batu karang mati sejak tahun 1950-an.

Lantas, dengan menggalakkan aktiviti ‘merumput’ ini, ia bukan saja menggalakkan lebih ramai individu untuk membantu pemulihan batu karang. Malah, ia mampu merangsang minat terutama dalam kalangan anak muda bahawa isu perubahan iklim bukan omong kosong seperti didakwa sesetengah pihak.

Bagi menguji keberkesanan teori ini, Smith dan rakan-rakan penyelidiknya mengambil 12 plot bawah air sekitar Great Barrier Reef sebelum mengalihkan seberapa banyak alga yang ditemui. Setiap plot berkeluasan 270 kaki persegi dengan perbezaan kedalaman antara sembilan hingga 16 kaki. Secara purata, penyelam sukarelawan berjaya mengeluarkan 190 paun alga dengan 90% daripadanya meliputi kawasan terumbu karang.

Smith sendiri mengakui semasa memulakan projek ini pada 2018, beliau merasa skeptik sama ada kaedah ini dapat membantu terumbu karang atau tidak. Tetapi dengan batu karang menunjukkan perubahan positif, kaedah mudah ini dilihat membantu batu karang kembali sihat dan subur.

Begitupun, kaedah ini walaupun mudah tetapi memakan masa dan kos lebih-lebih lagi sekiranya keluasan kawasan terumbu karang besar. Selain itu, ada sesetengah makro-alga melekat pada batu karang dan sukar dialihkan dengan cara biasa.

Perkara ini dibangkitkan oleh pakar terumbu karang dari Universiti Oxford, Bryan Wilson. Wilson yang tidak terlibat dengan kajian Smith mendapati makr0-alga sebegini hanya boleh dialihkan dengan cara memahatnya daripada batu karang yang dinyatakan.

Walaupun mengakui aktiviti ‘merumput’ yang dijalankan menunjukkan impak positif, Wilson mengingatkan ancaman terbesar batu karang masih lagi perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia. Perkara itu turut dipersetujui Smith sambil menambah dengan mengurangkan gangguan antropogen secara besar-besaran, maka batu karang mempunyai peluang tinggi untuk bertahan.

RUJUKAN

Gibbens, S. (2022, 24 Februari). Why scientists are ‘weeding’ coral reefs. National Geographic.

Nota kaki

antropogen – sinonim untuk aktiviti manusia

Sumber gambar: Brian Moh/The Star


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply