Saya ada terbaca beberapa hantaran yang katanya sangat bimbang apabila saintis hidupkan balik virus purbakala. Ceritanya begini: saintis Universiti Aix-Marseille berjaya menghidupkan semula virus yang berusia 48,500 tahun. Mereka menemui virus tersebut dalam ibun abadi Siberia.
Jadi kebimbangannya mudah kata, “macam mana kalau virus tu mula merebak?!” Ada lah mempertikai keperluan nak hidupkan balik. Katanya saintis bodoh buat kerja Tuhan bagai.
Sebenarnya saintis dah lama hidupkan balik kuman-kuman purbakala. Setakat ni jer dah tujuh jenis virus purbakala yang dihidupkan semula. Paling muda, virus 27,000 tahun. Paling tua yang inilah – 48,500 tahun. Semua berupaya menjangkiti kehidupan!
Kalau kategori bakteria, saintis dah berjaya hidupkan semula bakteria daripada zaman 250 juta tahun yang lalu.
Jadi mudah kata, ini adalah perkara biasa. Tapi kena jawab pasal kebolehjangkitan tu. Kita kena faham tujuan saintis ni. Kajian mereka penting sebenarnya.
Saya ambil contoh bakteria Yersinia pestis yang menyebabkan Maut Hitam satu masa dahulu. Punyalah ramai tumbang kerana Y. pestis ni. Tapi sedar tak, Y. pestis ni bukan bakteria baru? Kajian National Library of Medicine bercerita pasal rangka manusia prasejarah yang ditemui di Latvia. Orang ni hidup 5,000 tahun yang lalu, mati kerana Y. pestis. Malah Y. pestis juga didapati berpecah daripada Yersinia pseudotuberculosis sekitar 7,000 tahun yang lalu.
Apa maknanya?
Kuman yang boleh memulakan pandemik baru SUDAH ADA bersama kita SEKARANG. Entah-entah satu hari ada kuman akan bermutasi sampai boleh merebak dengan pantas. Sebab itulah pentingnya kita kaji. Kaji bukan keji. Saintis membelek virus purbakala atas sebab nak tahu potensi dan cara nak tewaskannya.
Malah merungkaikan virus purbakala adalah cara terbaik untuk kenal virus-virus moden. Mungkin virus purbakala ni adalah ‘datuk moyang’ virus-virus moden. Maka saintis boleh kaji – jauh mana ia bermutasi dan berevolusi…? Ulang balik: ini pentingnya kajian.
Atas kebijaksanaan saintis Barat jugalah dunia ni boleh keluar daripada belenggu pandemik COVID-19. Sebab apa? Sebab mereka MENGKAJI. Dah berpuluh-puluh tahun mereka kenal pasal koronavirus. Dah berbelas tahun Astra-Zeneca misalnya membangunkan vaksin untuk COVID-19 (asalnya mereka buat untuk SARS-CoV, bila COVID-19 melanda, mereka renovate balik saja).
Pengetahuan berpuluh tahun akan memudahkan kerja manusia untuk buat penawar. Semuanya berangkaian, bukannya konspirasi apa pun kononnya ‘vaksin dah ada baru sebar virus’. Pengetahuan dah ada baru virus tersebar. Teknologi dah maju untuk buat vaksin dengan cepat. Itu saja kitarannya.
Buku THE PLAGUE kini dah dibuka PRA-TEMPAH dengan DISKAUN RM10 untuk kalian yang berminat nak faham pasal beza virus dan bakteria dan segala penyakit dulu dan sekarang. Link: https://bit.ly/ThePlagueWebstore

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply