Kalau korang kenal orang yang ketiak dia tak berbau, cuba check telinga mereka. Selalunya tahi telinga mereka adalah kering.
Benda ni saya perasan bila saya terdengar kawan saya sembang masa mereka pergi ke Jepun. Kalau korang pernah pergi ke Jepun, korang akan dapati kedai runcit mereka tak banyak yang menjual produk deodorant. Kalau ada pun, bau wangian deodorant tu tak kuat.
Semua ini berpunca daripada variasi genetik yang wujud pada masyarakat Asia Timur. Berbanding masyarakat negara lain, penduduk Asia Timur tak mempunyai gen bernama ABCC11 yang bertindak mempengaruhi bahan rembesan kelenjar apokrin.
Variasi genetik ini sebenarnya adalah resesif, tak ramai yang patut ada (sekitar 0-3% bagi masyarakat lain). Orang Asia Timur walau bagaimanapun, mempunyai kadar peratus yang tinggi (sekitar 80-95%). Sambung kembali, peluh yang dikeluarkan kelenjar apokrin orang Asia Timur ni tak banyak keluarkan sebatian kimia yang boleh menjadi busuk.
Disebabkan bahan berlemak yang dihasilkan pun berbeza, maka bakteria yang buat bau busuk tu tak boleh nak sintesis peluh orang Asia Timur jadi busuk. Mutasi genetik ni juga ada kesan sampingan dia. Dia buat tahi telinga orang yang takde bau ketiak ni, jadi kering.
Benda ni mengingatkan saya pada ayah saya. Ayah saya tak pernah pakai deodorant dan bau badan pun takde, jadi saya tanyalah ayah saya tahi telinga dia basah ke kering. Dia pun jawab tahi telinga dia kering, lepas tu dia confused sebab pelik apa punya bangang soalan saya tanya dekat dia.
Tapi itulah sains. Sains sentiasa dipenuhi dengan soalan soalan bangan sebegini. Jadi ya, orang yang takde masalah ketiak berbau ni tahi telinganya kering. Sekian.
—-
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami yang sekarang tengah ada potongan DISKAUN! Link pembelian: https://bit.ly/3D8GXh4