Pertama kali kenal Sistem Suria ni, saya mula percaya yang semua planet (maaf Pluto) ialah planet berbatu. Rupa-rupanya, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun ialah planet bergas.
Planet bergas ialah planet yang terdiri hanya atmosfera yang amat tebal dan terasnya saja. Jadi, susah kalau angkasawan nak mendarat planet macam ni.
Terdapat dua jenis planet bergas untuk kita faham: gas gergasi (gas giant) dan ais gergasi (ice giant).
Gas gergasi seperti Musytari dan Zuhal di mana atmosfera tebalnya hanya terdiri dari hidrogen dan helium. Tapi Uranus dan Neptun dikategorikan sebagai ais gergasi walaupun atmosferanya sama dengan Zuhal Dan Musytari.
Ini disebabkan oleh wujudnya lapisan ais selepas atmosfera Uranus dan Neptun. Lapisan ais ini terdiri dari ais ammonia dan mentana. Jadi, kerana lapisan ais ini kedua-dua planet terjauh jatuh dalam kumpulan ais gergasi.
Berbalik kepada topik utama, mengapa planet bergas ini wujud selepas Marikh? Mula-mula kita kena tahu dulu pengetahuan am tentang Matahari, iaitu habanya mampu keluarkan gas yang ringan.
Jadi, hanya planet yang atmosferanya mempunya gas yang berat mampu berada dekat dengan Matahari. Macam atmosfera Bumi mempunyai gas oksigen dan carbon dioksida yang berat. Begitu juga dengan atmosfera Zuhrah dan Marikh (kecuali Utarid kerana tiada atmosfera).
Gas hidrogen dan helium ialah gas yang ringan, mampu terkeluar dari planet oleh haba matahari. Jadi, logik jika planet Musytari hingga Neptun ialah planet bergas kerana haba matahari tidak begitu kuat keluarkan atmosferanya.
Kalau keempat-empat planet bergas dekat dengan Matahari, rasanya Bumi dapat gelaran planet terbesar dalam Sistem Suria!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih