Siapa kata raja takde guna? Jepun hari ini terhutang budi dengan Maharaja Meiji yang memerintah pada tahun 1868. Tanpanya, mungkin Jepun takkan pernah menjadi kuasa besar Asia.

Setelah Tokugawa shogunate jatuh terduduk, kuasa Maharaja di istana mencapai kestabilan mutlak. Jepun memasuki era modenisasi yang pesat. Maharaja Meiji memperbaharui perindustrian, perbandaran dan teknologi peperangan negara. Polisi fukoku kyohei diangkat bagi memperkasa ekonomi dan ketenteraan.

Kesan cemerlangnya dapat dilihat pada masa hadapan.

Jepun berjaya mengalahkan Russia dalam Russo-Japanese War pada 1904–1905. Rentetan kejayaan reformasi Meiji, Jepun segera memperkukuhkan kuasanya di rantau asia dengan menawan Korea pada 1910.

Perkara pertama dibuat semasa Reformasi Meiji ialah memindahkan ibu negara dari Kyoto ke pusat shgounal Edo yang dinamakan semula sebagai Tokyo. Kelas feudal yang membezakan di antara keluarga juga dilupuskan.

Pada 1871, tentera kebangsaan Jepun ditubuhkan. Dua tahun selepas itu, diperkemas lagi dengan universal conscription law.

Polisi ekonomi dan cukai pertanian dipusatkan pada 1874 dan menjamin sumber kewangan tetap kerajaan Jepun.

Polisi pendidikan ditetapkan pada 1872. Kementerian Pengajian Tinggi buat pertama kalinya bagi memastikan pengajian buat setiap rakyat Jepun. Universiti buat pertama kalinya ditubuhkan dengan mengambil contoh universiti di barat.

Pada pertengahan 1870-an itu, Reformasi Meiji mendapat banyak tentangan daripada kaum samurai. Pemberontakan yang paling popular diketuai oleh bekas wira reformasi, Saigō Takamori of Satsuma. Banyak darah yang tumpah dan pertempuran yang sengit terjadi sehinggalah tentera rasmi kerajaan mencapai kemenangan.

Apa yang kita boleh belajar dari Reformasi Meiji ialah jangan takut dengan perubahan. Hadapilah masa hadapan dengan berani dan belajar untuk mengadaptasi diri dengan dunia baru.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply