Sesiapa yang ada kucing oyen akan perasan benda ni. Tak kisah la baka kampung ke, Parsi ke, Maine Coon ke, asal oyen je auto bengong. Ada je benda diorang nak pedajal tiap hari. Jadi ini mendatangkan satu persoalan. Diorang ni semua memang tak cukup zat otak ke?

Sebelum kita cerita pasal diorang ni memang bahlol sejak azali ke apa, kita kena tahu yang hanya kucing jantan je boleh dapat bulu oren. Kucing betina takkan dapat bulu oren. Benda ni kita panggil sebagai gen ‘sex linked’, di mana hanya satu jantina ni je boleh dapat benda tu. Sama macam manusia di mana hanya lelaki je boleh dapat buta warna, perempuan tak dapat melainkan dia ada kecacatan genetik yang dahsyat.

Tapi sebab kucing oren ni semua jantan, maka punca kenapa diorang ni serupa tak cukup zat otak ialah sebab…diorang ni jantan. Kucing jantan ni memang dia punya bengong dia tak relaks, tak simpan untuk cucu cicit dia. Juga, kucing jantan lebih suka berinteraksi dengan kita berbanding kucing betina. Jadi sebab tu kucing oyen ni walaupun bangang, tapi diorag jugaklah kucing paling manja dengan kita. Disebabkan benda ni kita stereotip dia sebagai kucing bengong, padahal semua kucing jantan pun sama bengong.

Sama macam kita yang lelaki jugak lah. Kalau bab buat benda bodo ni lelaki je. Elok elok ada kereta kancil cantik pergi mod tayar jadi tayar kangkang lepas tu bila eksiden dok tanya kenapa dia boleh eksiden.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply