Kalau korang tengok kulat cendawan ni, korang akan perasan rupa dia macam ulat beluncas. Tak pun macam serangga. Kenapa jadi macam tu? Sebab kulat ni kulat parasit.

Nama kulat ni ialah kulat cordyceps. Selalunya kalau cendawan nak tumbuh, dia akan tumbuh dekat kawasan kayu reput. Tapi cordyceps ni unik sikit. Dia cari serangga yang masih hidup. Kitaran hidup dia bermula dengan pelepasan spora kulat cordyceps ke alam sekeliling. Bila dia hinggap ke badan serangga, spora ni mula akan bertindak balas dan mula berakar ke badan serangga tu. Lama lama, serangga ni akan lalui fasa zombifikasi di mana kulat tu akan kawal tindak tanduk serangga.

Contoh serangga yang kena zombifikasi ni bila dia serang semut. Semut yang dah jadi zombie ni akan panjat tempat tinggi dan duduk situ diam diam. Lama lama, kulat tu akan pecahkan badan semut tu dan lepaskan spora dari tempat tinggi, dan serangga yang bawah bawah tu akan kena jangkit dengan kulat ni. Ini punca inspirasi zombie dalam permainan video Last of Us.

Kulat ni merbahaya untuk serangga, tapi ia adalah herba tonik yang bagus untuk kita. Selalu dekat kedai herba cina banyak jual kulat ni. Malah, seingat saya dulu pun dekat pasaraya Warta Bangi ni dulu ada je jual kulat ni.

Cuma tu lah, harap harap dia tak jangkit kita jadi zombie je lah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply