Asal ada food festival je mesti akan ada yang sanggup beratur beli makanan viral. Sampai jem jalan raya dibuatnya. Paling gila sekali, hujan ke ribut ke masih lagi sanggup beratur. Kalau dekat kaunter kerajaan, lambat sikit terus kena hamun.
Persoalannya kenapa ada yang sanggup beratur beramai-ramai dalam tempoh masa begitu lama hanya untuk beli makanan viral?
Benda ni lah kita panggil sebagai fear of missing out ataupun FOMO. Bermaksud korang akan rasa bimbang, menyesal, terpinggir dan akan rugi jika tak dapat beli sesuatu benda ni. Ditambah lagi zaman media sosial ni lagi lah FOMO ni melonjak-lonjak dalam diri korang.
Nak mudah faham pasal FOMO ni senang je. Bayangkanlah korang ternampak satu video dekat tiktok tentang orang review karipap sate yang dicucuk lidi. Setiap hari, ramai yang review kata sedap dan tak sedap walaupun harga mahal.
Korang dekat rumah tu pun menggigil nak beli. Esoknya korang gerak ke food festival dan beratur berjam-jam untuk beli karipap sate yang dicucuk lidi. Lepas dah makan tu, bermacam-macam perasaan bercampur baur.
Kebiasaanya, FOMO ni mudah melanda golongan remaja dan muda. Rasanya korang dengan kawan-kawan korang pernah rasa benda ni masa lepas SPM.
Kita bagi situasi mudah. Katakanlah lepas SPM tu korang terus kerja selama setahun. Dalam masa yang sampai kawan dan circle korang semua dah angkat honda. Korang pulak sampai ke sudah bawak EX5 bapak.
Bila lepak je asyik kena bahan kedekut dan miskin sebab tak ada honda. Padahal orang kaya rilek je pakai myvi manual keyless. Dari situ FOMO ni datang. Sebab korang rasa bimbang, terpinggir dan menyesal kerana tak sama dengan member.
Korang pun hentak loan honda fd 2010 9 tahun zero downpayment. Mula-mula seronok tapi lepas tu pening kepala nak bayar bulan-bulan, maintainance dan minyak. Macam biasa, masa tu otak baru berfungsi dengan betul.
Jadi macam mana kita nak atas masalah FOMO ni?
Senang je, kena bersyukur dan sedar diri. Kadang-kadang kita tak sedar kenapa member tu pakai kereta honda,iphone dan makan karipap sate. Mungkin kerja dia memerlukan benda-benda macam gitu untuk yakinkan client.
Kita yang kerja kilang dan kerja office work from home ni nak yakinkan siapa untuk beli benda-benda mahal? Jadi sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Seterusnya jangan selalu buka media sosial. Zaman sekarang ni kita ni mudah terpengaruh. Itu viral terus nak pergi, ini viral terus serbu. Bila tak sedap, bising pulak tu.
Kesimpulannya, kita hanya sanggup menunggu jika itu adalah makanan viral dan crush. Kepada korang semua, dah beratur berjam-jam belum dekat food festival?
Kalau korang tak nak terpedaya pergi beratur dengan food festival dan beli makanan harga Mont Kiara, apa kata jom baca buku PSYCHOLOGY OF MONEY. Lepas ni mesti korang tak kan beratur lagi. Boleh dapatkan di https://s.shopee.com.my/10nDgnFuGf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.