Bila ada pertandingan dan asyik satu kelab je menang. Mesti ada yang suruh pakai 100% jati. Padahal kelab yang tukang cakap tu sokong pun pakai ramai pemain import.
Kalau nak cakap tentang anak jati. Athletic Bilbao adalah contoh terbaik. Sebab deme buat untung dan jimat dengan jual anak jati.
Jadi apa sifat kedekut Athletic Bilbao yang boleh kelab tempatan contohi?
Buat pengetahuan semua, Athletic Bilbao hanya membenarkan pemain yang lahir di Basque Country dan akademi Lezama untuk beraksi dengan deme. Kiranya Athletic Bilbao ni kelab paling assobiyah di Sepanyol.
Kalau nak beli pemain pun, deme akan beli yang lahir dekat Basque Country. Sekali dengar memang mengarut. Tapi jangan terkejut sebab Athletic Bilbao bukanlah satu-satunya kelab dekat Basque Country. Deme ada Real Sociedad dan kelab lain. Tak ada masalah nak beli.
Macam mana boleh jadi macam gitu?
Ketika Athletic Bilbao diasaskan pada 1898, deme banyak menggunakan pemain daripada Britain. Ye lah masa tu orang Britain je yang pandai main bola. 13 tahun selepas itu, Athletic Bilbao mula mewajibkan hanya pemain yang lahir di Basque Country je boleh beraksi dengan deme.
Semuanya berpunca daripada kesalahan Athletic menurunkan pemain Britain yang tidak boleh beraksi dalam perlawanan menentang Sociedad. Jadi Royal Spanish Football Federation (RFF) nak bagi adil, deme hanya benarkan pemain kelahiran Sepanyol beraksi di Copa del Rey.
Nak tak nak semua kelab Sepanyol termasuk Athletic Bilbao terpaksa ikut. Tapi peraturan tersebut diubah dan kelab bebas menurunkan pemain import. Athletic Bilbao pulak masih kekal dengan prinsip yang sama sehingga hari ini.
Ditambah lagi masa tu berlambak orang Basque yang power main bola. Senang cerita deme sangat yakin dengan anak jati.
Sekarang deme dapat menuai hasil yang sangat lumayan daripada peraturan tidak masuk akal itu. Bayangkan je lah pemain akademi seperti Kepa Arrizabalaga berjaya dijual dengan tanda harga £71.6 juta kepada Chelsea.
Bila dah masuk Chelsea, boleh pulak si Kepa Arrizabalaga ni buat lawak. Dia punya kelakar tu sampai kena loan ke Real Madrid dan AFC Bournemouth. Tapi Athletic Bilbao tak rugi apa-apa. Yang rugi adalah Chelsea.
Selain itu, Athletic Bilbao berjaya buat duit dengan jual Aymeric Laporte kepada Manchester City dengan harga £57 juta. Padahal masa umur 18, harga Aymeric Laporte hanyalah £600k.
Jangan ingat Athletic Bilbao ni kerjanya jual pemain anak jati je. Deme pun ada beli pemain juga iaitu Iñigo Martínez dengan harga £27 juta. Kira masih murah berbanding pemain yang deme jual. Pemain yang deme beli tu pulak wajib lahir dekat Basque Country.
Apa yang boleh kita belajar adalah kelab anak jati macam Athletic Bilbao pun mampu bertahan dengan jual beli pemain. Deme pun tak ada sembang terpaling anak jati sampai anak jati kena beli beras guna lencana.
Sifat kedekut deme pun boleh dicontohi dengan hanya membangunkan anak jati dan jual harga mahal. Beli pemain pun harga lagi murah.
Paling penting jangan jadi macam satu kelab tu, beli pemain mahal-mahal. Tapi hanya mampu berpusing-pusing je dan sampai ke sudah trust the process.
—
Kalau korang nak berjimat cermat, nak tahu macam beli murah dan jual mahal macam Athletic Bilbao, apa kata jom baca buku BANGSA ENAM ANGKA. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/703oxxO51Z
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.