Semalam, watak utama Keluang Man di dalam filem live actionnya dah didedahkan. Kalau korang pernah tengok drama KAMI, mesti korang kenal Nas-T yang jadi Keluang Man ni nanti.
Tapi kita cuba tengok balik macam mana asal usul wujudnya Keluang Man ni.
Bagi peminat animasi era 90-an, kita sentiasa terhibur dengan gelagat Usop Sontorian.
Dari situ, syarikat UAS Animation Studios (M) Sdn. Bhd dengan ilham pengkarya Allahyarham Kamn Ismail di sebalik Usop Sontorian menghasilkan superhero pertama di Malaysia iaitu Keluang Man.
Keluang Man punya latar belakang sama dengan pelindung kota Gotham iaitu Batman atau Bruce Wayne.
Kedua-duanya pelindung bandar masing-masing – Batman melindungi Gotham City dan Keluang Man melindungi Bandar Tumpoi.
Diorang sentiasa meronda pada waktu malam untuk membanteras jenayah sekaligus menjadi sasaran pihak berkuasa kerana melakukan perbuatan vigilantisme.
Diorang pun ada pembantu sendiri iaitu Robin di dalam Batman dan Tiung Man di dalam Keluang Man.
Kedua-dua Bruce Wayne dan Borhan dihantui tragedi yang mendorong mereka menjadi adiwira.
Bezanya, Bruce Wayne menjadi yatim piatu selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh dalam satu rompakan.
Borhan, nama sebenar Keluang Man ialah seorang pesakit mental yang hilang ingatan selepas dibelasah oleh pesaingnya, Samsir.
Kedua-duanya juga mempunyai rogue gallery yang hampir sama. Tidak salah untuk saya katakan rogues gallery untuk Keluang Man sebenarnya diinspirasikan oleh rogues gallery bagi Batman.
Contoh paling mudah, Badut ialah versi Malaysia bagi Joker sementara Meow ialah versi kita bagi Catwoman.
Walaupun tona animasi bersifat komedi bersesuaian dengan sasaran penonton iaitu kanak-kanak, ia tidak menghalang Keluang Man mendapat tempat di hati peminat.
Selain ketangkasan dan kecekapan beliau memberkas penjenayah, Keluang Man kreatif menyediakan senjata dan peralatan untuk melawan jenayah.
Walaupun tak ada sumber kekayaan dan pembekal senjata seperti Batman, itu tak menghalang Keluang Man melawan penjenayah, kadang-kadang dengan senjata jauh lebih canggih sehingga berjaya menewaskan mereka.
Menariknya gaya pertarungan Keluang Man ni kerana penulis mengangkat seni Silat dalam animasi. Borhan menggabungkan seni persilatan dan berfikir pantas dalam pertarungan, menjadikan beliau satu lawan yang sukar diteka pergerakannya.
Ciri ini dikongsi dengan beberapa watak dalam komik seperti Spiderman dan Deadpool (Marvel Comics) serta Batman (DC Comics).
Walaupun siri animasi ini mendapat sambutan memberangsangkan, namun ia tak bertahan lama kerana tidak ada pengembangan watak dan plot penceritaan berkenaan Keluang Man, Tiung Man, rogues gallery, pihak berkuasa, media dan sebagainya.
Akibatnya, kisah yang disampaikan dilihat terlalu statik dan menjejaskan kualiti penceritaan keseluruhan Keluang Man.
Krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 beri kesan kepada produksi lalu tenaga kerja sedia ada terpaksa berpecah demi meneruskan kesinambungan kerjaya dalam bidang masing-masing.
Kini, akhirnya setelah sekian lama Keluang Man kembali tetapi bukan ke kaca televisyen, Keluang Man kembali terbang hingga ke layar perak dan dibuat versi live actionnya. Tak sabar nak tengok nanti.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertarik nak baca novel bertemakan rompakan yang diinspirasikan daripada kisah Robin Hood namun dalam versi Melayu? Baca je novel Sabotaj. Confirm korang akan terkejut. Boleh klik dekat https://bit.ly/SabotajFB11

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply