Memandangkan pesta ni banyak disebut baru-baru ni. Mari kita lihat pada budaya Thailand dan belajar apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pesta Loy Krathong.
Perkataan “Loy” bermaksud terapung manakala “Krathong” membawa maksud kapal atau bakul kecil. Sebab itu semasa pesta ini, krathong yang mengandungi kemenyan dan lilin akan diapungkan di atas air sebagai simbol untuk melepaskan nasib malang pada tahun mendatang.
Syiling, keratan kuku atau sehelai rambut boleh ditambah pada krathong untuk pembersihan diri.
Selain daripada melepaskan bot di sungai, perkara lain yang paling ditunggu-tunggu semasa sambutan Loy Krathong ialah pelepasan tanglung ke udara.
Orang Thai gunakan krathong untuk mengucapkan terima kasih kepada Dewi Air iaitu Phra Mae Khongkha.
Tapi dari mana asal usul pesta Loy Krathong ni?
Loy Krathong diadaptasi daripada perayaan Brahmin purba sebagai satu bentuk penghormatan kepada Buddha.
Diorang percaya yang Loy Krathong berasal dari kerajaan Sukhothai purba pada abad ke-14.
Menurut lagenda, seorang wanita bernama Nang Noppamas, permaisuri Raja Sukhothai, membuat krathong pertama yang diberikannya kepada raja sebagai hadiah.
Baginda ialah anak perempuan seorang pendeta Brahmin yang mengadaptasi tradisi membuat krathong daripada daun pisang.
Baginda kemudian membentuk krathong seperti bunga teratai sebelum menambah lilin dan kemenyan.
Legenda mengatakan bahawa raja menyalakan lilin dan kemenyan, kemudian mengapungkan krathong di salah satu tasik di bandar Sukhothai.
Walaupun sesetengah orang menganggapnya sebagai watak rekaan, semasa sambutan perayaan itu diadakan pertandingan kecantikan untuk mencari seorang wanita yang kemudiannya akan diberi gelaran kehormat “Nang Noppamas”.
Jadi, dari mana lagenda Nang Noppamas ni datang? Ianya ditulis di dalam kesusasteraan klasik Thailand, Tamrap Thao Si Chulalak [ตํารับท้าวศรีจุฬาลักษณ์].
Oleh: Azizul Farhan
___
Menarik kan pasal Loy Krathong ni? Kalau korang nak tau banyak lagi cerita-cerita budaya lain dari tamadun-tamadun di seluruh dunia, dapatkan siri Kitab Tamadun kami di shopee segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply