Sepanjang lipatan sejarah, dunia menjadi saksi kemunculan penakluk-penakluk terkenal. Antara penakluk yang terkenal ialah Julius Caesar, Alexander the Great, Genghis Khan dan Napoleon Bonaparte. Dalam kes Alexander, empayar Macedon yang dibina baginda menjadi sumber kekayaan yang tidak boleh dibayangkan sehingga hari ini.

Sejak kecil lagi, baginda telah dididik agar menjadi pemerintah dan penakluk hebat oleh ayahandanya Raja Philip II. Alexander telah diajar untuk menunggang kuda dan berlawan oleh salah seorang saudara bondanya (Olympias), Leonidas of Epirus. Sementara Lysimarchus of Acarnania dan Aristotle bertanggungjawab memberi pendidikan dalam pelbagai perkara termasuk menulis, membaca dan muzik. Pengaruh tiga guru ini memberi kesan besar terhadap polisi-polisi Alexander di kemudian hari.

Semasa baginda menaiki takhta pada 20 tahun (sekitar 336 SM), Alexander mewarisi kekayaan Macedon yang melimpah-ruah. Selain hasil rampasan perang dari negara-negara kota Yunani dan percukaian, Macedon juga kaya dengan pelbagai hasil bumi termasuk emas dan perak. Ini membantu Alexander membiayai kempen penaklukannya sekaligus merealisasikan ramalan ayahandanya Philip II yang berbunyi, “Anakku, carilah kerajaan yang sesuai dengan cita-cita besarmu. Macedon terlalu kecil untuk kamu.”

Bagi peminat-peminat kisah pertempuran, kalian dipelawa membeli buku ini: https://thepatriots.store/store/books/ketenteraan/pertempuran-agung/

Selepas berjaya mengatasi lawan-lawannya dari sebelah Yunani, kini cita-cita baginda tertumpu kepada Empayar Achaemenid Parsi. Darius III yang memerintah kerajaan itu berusaha mengekang kemaraan tentera Macedon tetapi gagal. Selepas jeneral-jeneralnya gagal mengekang Alexander di Granicus, baginda mengetuai sendiri 50,000 hingga 60,000 tentera untuk menghalangnya di Issus. Di sebalik bilangan tentera yang ramai, Darius III berjaya diakali oleh Alexander dengan Asia Minor kini milik pihak Yunani.

Selepas berjaya menakluk Anatolia, Mesir dan Syam, kini rantau Mesopotamia pula menjadi sasaran. Menyedari kedudukannya dalam bahaya, Darius III sekali lagi membawa bala tentera seramai 50,000 hingga 60,000 orang untuk mendepani Alexander di Gaugamela. Bagaimanapun, skrip Issus berulang di situ dengan baginda sepatutnya berundur ke Ecbatana (Hamadan moden) dan membina tentera baru melawan raja Macedon itu.

Pembunuhan Darius III di tangan salah seorang tenteranya menamatkan riwayat Empayar Achaemenid Parsi. Sumber: Carole Raddato/CC BY SA-2.0

Tetapi rancangan Darius III tidak kesampaian apabila salah seorang tentera Parsi bertindak membunuh baginda. Selepas mengetahui apa yang berlaku, Alexander menghukum mati pembunuh raja Parsi itu dan mengurniakan upacara pemakaman bersesuaian dengan statusnya sebagai raja. Pembunuhan Darius III dianggap penamat kepada Empayar Achaemenid Parsi.

Dengan Parsi kini berada di bawah kawalan Alexander, ini memberi peluang kepada baginda mengakses perbendaharaan jajahannya. Kebanyakan harta yang terkandung di dalamnya dihantar pulang ke Macedon bagi meliputi kos penaklukan yang digerakkan baginda. Selain itu, ia turut digunakan bagi membayar gaji tentera Macedon bagi menjamin kesetiaan mereka.

Ramai sejarawan percaya jika dinilai dari segi nilai hari ini, jumlah rampasan perang yang dibawa pulang dari Parsi berjumlah AS$1.6 trilion (RM7.08 trilion). Dengan jumlah harta yang sedemikian, ini menjelaskan mengapa Alexander memerlukan 20,000 ekor keldai dan 5,000 ekor unta untuk dibawa pulang ke Macedon. Jumlah ini juga membolehkan baginda melancarkan mana-mana operasi ketenteraan pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan cara membiayainya.

Sejarah merekodkan baginda sebagai seorang yang kejam. Dan itu ditampilkan di Tyre selepas penduduk kota itu berjaya bertahan daripada kepungan tentera Macedon selama tujuh bulan pada 332 SM. Sebagai balasan, 6,000 orang tentera yang menentang dibunuh dengan 2,000 lagi disalib. Sementara 60,000 lagi dijual sebagai hamba.

Tetapi ada ketikanya, Alexander juga merupakan seorang yang bertimbang rasa dan tahu melindungi kekayaan empayar yang dimilikinya. Dengan membina bandar-bandar baru yang dinamakan sempena namanya, ini membolehkan kekayaan empayar terus berkembang. Terdapat 70 buah kota yang dinamakan sempena Alexander seperti Alexandria, Mesir (Iskandariah), Alexandria, Iraq (Al-Iskandariyyah), Alexandropolis (Masshad, Iran) dan Alexandria Ariana (kini Herat, Afghanistan).

Iskandariah, Mesir merupakan salah satu kota yang diasaskan Alexander the Great. Sumber: Filip Maljkovic/CC BY-SA 2.0

Pembinaan kota-kota baru ini turut menjanjikan satu lagi sumber pendapatan kepada empayar Macedon: perdagangan. Ini kerana semua kota ini pasti dihubungkan dengan jalan-jalan yang membolehkan hasil dagangan tempatan dapat dibawa ke tempat-tempat yang selama ini sukar dijangkau. Ini mengakibatkan aktiviti ekonomi di kota-kota ini rancak berjalan sekaligus menjamin lebih banyak sumber kekayaan buat kerajaan berkenaan.

Satu lagi tindakan baginda ialah tidak mengganggu adat istiadat dan agama penduduk tempatan. Dengan melakukan perkara sedemikian, ia bukan saja menonjolkan Alexander sebagai seorang yang bertoleransi tetapi turut menjamin kesetiaan mereka. Selain itu, baginda turut membina kuil-kuil di setiap wilayah yang ditakluki bagi menyemarakkan lagi sokongan mereka terhadapnya.

Di sebalik layanan baik Alexander terhadap tentera-tenteranya, itu bukan bermakna baginda tidak tegas terhadap orang-orangnya. Jika perlu, Alexander akan menghukum mereka. Salah satunya ialah semasa ramai orang Macedonia tidak bersetuju dengan tindakan baginda mengamalkan adat istiadat Parsi termasuk proskynesis (berlutut dan mencium tangan raja).

Alexander berbuat demikian sebagai cara menjamin kesetiaan orang Parsi terhadapnya. Tetapi hal ini mengundang kritikan keras orang Macedon termasuk orang-orang yang pernah berjuang bersama Alexander di medan perang. Antara yang menjadi mangsa baginda ialah salah seorang jeneral hebatnya, Parmenio dan puteranya Philotas.

Alexander menghukum mati kedua-duanya pada 330 SM selepas Philotas didapati terlibat dalam cubaan bunuh terhadap baginda. Selain Parmenio, Cleitus yang menyelamatkan baginda di Granicus turut menerima nasib sama. Alexander bertindak menikamnya dengan lembing dalam keadaan mabuk selepas rakan lamanya itu merendah-rendahkan baginda dan semua pencapaiannya.

Gambaran pembunuhan Cleitus yang dilakukan Alexander oleh Andre Castaigne.

Di samping itu, satu lagi sebab kekayaan baginda tidak berkurangan ialah Alexander tidak pernah tewas dalam peperangan. Normal bagi seseorang raja yang kalah membina semula kekuatan tentera dan infrastruktur pertahanan. Tetapi semua ini memerlukan duit dan ia boleh saja mengakibatkan kantung kewangan sesebuah kerajaan berkurangan.

Namun begitu, itu tidak berlaku kepada Alexander. Baginda bukan saja menang dalam banyak pertempuran malah menghentikan semua plot pemberontakan sebelum ia bertukar menjadi buruk selama 15 tahun. Dengan tiada siapa yang dapat menyaingi kedudukan baginda ketika itu, tiada siapa yang dapat mengalahkan tentera Macedon sehinggalah kemangkatan Alexander pada 323 SM.

Jadi, apakah ini meletakkan baginda sebagai pemimpin yang paling kaya di dunia dalam sejarah? Maaf, gelaran itu masih dipegang oleh Raja Mansa Musa. Sementara orang yang berada di belakang baginda ialah maharaja pertama Rom, Augustus Caesar. Dengan Maharaja Shenzong (maharaja China dari Dinasti Song) dan Akbar (maharaja Mughal) berada di kedudukan ketiga dan keempat. Dengan mengambil kira kekayaan Alexander, baginda berada sama ada di belakang Mansa Musa atau di belakang Augustus.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

History.com. (2020, 24 November). Alexander the Great.

Sippie, J. (2022, 23 Jun). YOU MAY NOT HAVE REALIZED HOW RICH ALEXANDER THE GREAT ACTUALLY WAS. Grunge.com.

J. Mark, J. (2013, 14 November). Alexander the Great. World History Encyclopedia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply