Abbasiah naik dengan darah dan jatuh dengan darah. Sejarah mencatatkan, ribuan kerabat diraja Umayyah tumpas dalam makan malam berdarah. 500 tahun selepas itu, kota Baghdad pula bergenang dengan darah Bani Abbasiah.

Khilafah Bani Abbasiah pernah mencapai zaman kegemilangan pada pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Kota Baghdad masyuhur dengan kesenian, ilmu pengetahuan dan kemewahan. Ia menjadi pusat dagangan setiap kafilah yang masuk ke tanah Arab.

Apabila baginda mangkat, berlaku perebutan kuasa bagi menentukan siapa yang paling layak menduduki takhta. Putera-putera baginda saling berperang sehinggalah dimenangi oleh al-Mamun. Setelah kewafatan al-Mamun, berlaku sekali lagi perang saudara.

Situasi kritikal ini mendesak Khalifah baru untuk menubuhkan pasukan bodyguard untuk melindungi nyawanya. Pasukan yang pada asalnya berjumlah 4,000 orang, bertambah kepada 70,000 orang tentera upahan. Pasukan ini pada kemudian harinya menjadi beban kepada Abbasiahx

Kesannya, Abbasiah perlu menekan cukai yang sangat tinggi. Masalah pertanian, persengketaan kaum dan revolusi menyahstabilkan Abbasiah. Apabila sekelompok Buyir, iaitu bangsa Parsi yang menguasai Baghdad buat beberapa tahun berkuasa, ia telah melemahkan kestabilan Abbasiah.

Peristiwa berdarah yang memuktamadkan kejatuhan Abbasiah adalah serangan Tatar yang terjadi pada 1258. Akibat pengkhianatan dalaman daripada menteri sendiri yang membocorkan rahsia kota Baghdad kepada musuh, darah kaum muslimin tumpah. Kitab-kitab Baitul Hikmah dibuang sampai menjadikan Sungai Dajlah berwarna hitam. Kejatuhan Bani Abbasiah tidak akan dilupakan dalam sejarah Islam.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Peristiwa bersejarah seperti kejatuhan kota Baghdad, Bani Abbasiah akan sentiasa dalam ingatan kita. Banyak lagi peristiwa besar yang mencorakkan peradaban Islam. Korang kena baca KITAB TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply