Nabi Ibrahim AS merupakan bapa kepada Nabi Ishak AS. Nabi Ishak AS merupakan bapa Nabi Yaakub AS dan Nabi Yaakub AS pula bapa kepada 12 orang anak yang menjadi tunjang utama bagi Bani Israil. Oleh sebab itu, Nabi Ibrahim sering dikaitkan dengan Bani Israil AS. Bagi mereka, mereka lebih layak memiliki Nabi Ibrahim AS dalam pegangan mereka. Nabi Ibrahim AS merupakan seorang Khalilullah (Sahabat Allah). Kebijaksanaan Baginda merupakan anugerah Allah untuk dirinya dan kelebihannya ini digunakanny untuk berdakwah kepada kaumnya.

Nabi Ibrahim AS telah diutus Allah SWT untuk berdakwah kepada Namrud dan Kaumnya. Namrud dikatakan seorang raja yang bijak dan zalim. Namrud telah menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk mengangkat dirinya sebagai Tuhan yang mencipta segalanya. Baginya, kekayaan dan kemewahan dunia hanya kan dapat didapati jikalau mengikutinya sahaja.

Nabi Ibrahim AS diutus bagi mengembalikan mereka ke jalan Allah dan menghindarkan mereka dari perbuatan yang syirik. Usaha tersebut menemui kegagalan apabila Namrud dan Pengikutnya masih hidup dalam keadaan ingkar kepada Allah SWT. Pada suatu ketika, kaum dan Namrud telah keluar dari kota merayakan pesta keagamaan mereka. Pada ketika itulah Nabi Ibrahim AS menggunakan kepintarannya dalam berdakwah. Nab Ibrahim AS telah bertindak menghancurkan semua seumbahan Kaum ini dan membiarkan sembahan yang paling besar.

Hal ini membuatkan Namrud menjadi marah dan mencari pelaku angkara ini. Setelah disiasat, Nabi Ibrahim AS bertanggungjawab dalam hal ini. Telah berlaku debat antara dua pihak ini. Nabi Ibrahim AS menyatakan bahawa bukan dirinya yang meruntuhkan sembahan mereka tetapi Berhala yang besar itulah yang menghancurkannya. Ditambah lagi, dilehernya ada kapak yang menguatkan lagi bahawa patung itulah yang menghancurkannya.

Tuntas, Namrud membalas, bahawa patung itu tidak mempunyai upaya untuk meruntuhkan sembahan yang lain. Jawapan Namrud ini membuatkan mereka terdiam. Nabi Ibrahim AS membalas, bahawa jikalau tiada upaya bagaimana sembahan mereka ini memberi manfaat untuk mereka?

Jawapan Nabi Ibrahim AS ini membuatkan Namrud bertambah amuk dan akhirnya Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan Namrud untuk dibakar dalam Api hidup hidup. Akhirnya, Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS dan menimpakan azab buat kaum Namrud dan pengikutnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.