Pada tahun 1804, apa yang disangka mustahil akhirnya berlaku. Penduduk Haiti bangkit menentang penjajah Perancis. Perjuangan ini mengambil masa selama 12 tahun. Ratusan ribuan nyawa melayang bagi kedua-dua pihak. Dan punca utama dikenal pasti adalah kerana layanan buruk dan diskriminasi teruk terhadap majoriti. Haiti akhirnya merdeka secara kedaulatan. Namun kemerdekaan ini tidak membawa haruman kebebasan. Sebaliknya ia meledakkan penjajahan versi baharu: kewangan.

Keadaan Haiti sekarang angkara Perancis

Bercakap pasal kewangan – bukan sekapal dua emas yang dimaksudkan. Malah AS$100 bilion pun silap-silap bukan. Perancis mempunyai strategi gila yang menghukum penduduk Haiti sampai hari ini. Dengan erti kata lain, penduduk Haiti sudah bayar Perancis selama 218 tahun. Seandainya setiap 20 tahun adalah satu generasi, 21 generasi sudah membayar Perancis. Mereka membayar terlalu banyak sampai tiada siapa tahu jumlahnya.

Ini bukan pampasan. Ini bukan ufti. Ini rompakan. Ini tebusan.

Dendam Perancis Terhadap Haiti

Haiti memenangi kemerdekaan pada tahun 1804. Namun Perancis kembali 20 tahun kemudian dengan kapal-kapal perang yang menggerunkan. Armada laut ini membawa kata putus daripada Raja Charles X, yang memberi pilihan: perang atau wang. Kerajaan Haiti enggan menumpahkan darah. Mereka sanggup membayar. Tetapi wang dituntut sangatlah banyak, 150 juta francs – suka atau tidak, terpaksa bayar. Persoalannya: macam mana?

Lukisan menggambarkan macam mana Haiti diugut.

150 juta francs dibayar secara ansuran selama lima kali pada tahun 1825. Perolehan Haiti pada tahun itu hanyalah 5.1 juta francs sahaja. Sebagai bayangan, perolehan Malaysia bagi tahun AS$51.25 bilion pada tahun 2017. Tiba-tiba ada orang luar datang dengan senjata menuntut AS$1,506 bilion (AS$1.5 trilion).

Perancis ada idea. Mereka cadangkan Haiti ambil hutang, yang ada kadar faedah. Hutang pula dengan bank Perancis. Haiti perlu bayar pokok dan bunga. 12 tahun kemudian, Perancis datang lagi dengan niat untuk paksa Haiti bayar. Kali ini mereka murah hati minta 90 juta francs sahaja. Tidak perlu bayar sampai 150 juta francs. Dan Haiti pun bayar.

Selama 70 tahun Haiti bayar sampai 112 juta francs kerana bunga dan pokok. Jumlah ini nampak saja macam sikit – AS$560 juta zaman sekarang. Namun jumlah itu tidak pergi ke negara. Tiada pembangunan dibuat. Tiada infrastruktur dibina. Semuanya hutang hutang dan hutang. Sampai bila-bila. Sebab itulah pakar ekonomi sekarang berpendapat Perancis sudah merompak peluang ekonomi Haiti sebanyak AS$115 bilion.

Senang cakap, Haiti bersetuju untuk kekal dalam hutang buat selamanya. Angkara hutang ini, Haiti tidak pernah menikmati kekayaan. Taktik ini sememangnya asas dalam kamus penjajahan. British membawa strategi pecah dan perintah untuk memastikan unit jajahan kekal setia. Perancis pula ingin menconteng arang terhadap wajah kerajaan sampai rakyat bangkit berkata, “rindu zaman Perancis.”

Dan perkara itulah yang berlaku. Haiti tidak stabil. Pengusaha pertanian teruk dikerjakan dek cukai untuk membayar hutang negara. Pada tahun 1843, satu lagi revolusi menggulingkan kerajaan Haiti. Presiden Jean-Pierre Boyer dihalau daripada negara oleh rakyat yang mahu cukai rendah. Tetapi datangnya kerajaan baru pun sama. Kerana Perancis tidak bodoh. Mereka tetap kembali dengan kapal perang untuk berbincang tentang “debt”.

Jean-Pierre Boyer.

Kesudahan cerita ini tidak memuaskan langsung. Kerana ia tiada kesudahan. Apabila sistem kewangan bertambah maju, Perancis membangunkan sebuah Bank Negara Haiti. Tetapi perkataan “negara” hanyalah perkataan sahaja. Dengan erti kata lain, Perancis mengawal perbendaharaan Haiti sampai Perancis mendapat keuntungan jauh lagi banyak untuk dibandingkan dengan keuntungan negara Haiti (Porter, et al., 2022).

Hutang demi hutang datang bersilih ganti dan tindan-menindan. Dan hari ini Haiti tiada hospital yang baik. Haiti tiada sistem pembetungan yang baik. Haiti tiada sistem air yang baik. Haiti tiada apa-apa. Kecelakaan yang menimpa di bumi Haiti sangat kronik – tetapi lembaran sejarah selamba mengagung-agungkan Charles X sebagai pembebas Haiti yang mulia (Gamio, et al, 2022).

RUJUKAN:

Gamio, L., et al. (2022, Mei 20). Haiti’s Lost Billions. The New York Times.

Porter, C., et al. (2022, Mei 20). The Root of Haiti’s Misery: Reparations to Enslavers. The New York Times.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply