Maruah Muslimah janganlah dibuat main-main. Bila maruah mereka dicabuli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, maka nasib mereka akan dibela dengan pantas. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w (terhadap Yahudi Bani Qainuqa) dan Khalifah al-Mu’tasim (terhadap pihak Rom Timur/Byzantine di Amurriyah/Amorium). Dan disebabkan ini juga, Turki-Perancis bertembung di Marash pada musim sejuk 1920.

Bagi menamatkan ketegangan antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Pertama (WWI), satu gencatan senjata dimeterai di Mudros pada Oktober 1918. Menerusi perjanjian ini, semua kedudukan tentera Uthmaniyah diarah menyerah diri dengan semua aset termasuk landasan keretapi dan pelabuhan digunakan oleh pihak Bersekutu. Bagaimanapun, itu menimbulkan kemarahan ramai jeneral Uthmaniyah yang kemudiannya bergabung dengan geng nasionalis pimpinan Mustafa Kemal Ataturk.

Menerusi perjanjian sama, Marash, Aintab dan Adana diletakkan di bawah kawalan British sebelum diserahkan kepada pihak Perancis pada Oktober 1919. Kebanyakan tentera Perancis yang dihantar ke situ terdiri daripada Tentera Kolonial Perancis dan Legion Armenia Perancis. Legion Armenia dengan kekuatan seramai 2,000 orang masuk ke Marash sekitar 30 Oktober 1919.

Sukarelawan Armenia yang mendaftar untuk menyertai Legion Armenia Perancis.

Tetapi belum cukup 24 jam di Marash, wujud kekecohan antara tentera Armenia dengan penduduk tempatan. Terdapat dua versi cerita berkenaan kekecohan ini. Mengikut versi pertama, sekumpulan Muslimah yang memakai hijab baru saja keluar dari tempat mandian awam atau hamam sebelum mereka tiba-tiba ditahan oleh tentera asing ini. Tentera Armenia Perancis ini dikatakan cuba mencabut hijab salah seorang daripada mereka sambil berkata, “Kenapa kamu pakai hijab? Ini bukan tanah Turki lagi, ini tanah Perancis.”

Melihat tindakan tentera asing ini, wanita-wanita ini menjerit meminta tolong. Seorang jiran yang tinggal berhampiran dengan hamam berkenaan cuba membantu tetapi dibunuh oleh tentera Armenia Perancis. Ini mendorong seorang imam yang dikenali sebagai Sutcu Imam menembak ke arah kumpulan tentera berkenaan. Tembakan yang dilepaskan dikatakan membunuh atau mencederakan salah seorang tentera Armenia Perancis itu.

Berang dengan apa yang berlaku, kumpulan ini memburu Sutcu Imam tetapi dia berjaya melepaskan diri. Selepas mendapat khabar individu berkenaan berada di kampung bersebelahan, tentera Armenia Perancis pergi ke kampung tersebut dan menembak orang awam secara semberono. Mereka turut menangkap seorang lelaki dipercayai sepupu Sutcu Imam di mana dia diiikat dan diseksa sebelum mati akibat tercekik. Insiden ini mengundang kemarahan ramai warga Turki yang melihat ini sebagai satu jenayah terhadap saudara seagama mereka.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mengikut versi yang kedua pula, sekumpulan tentera Armenia sibuk minum minuman keras tatkala seorang Muslimah keluar dari hamam. Salah seorang daripada mereka kemudiannya bertindak mencabut hijab yang dipakai wanita berkenaan. Ini mencetuskan kemarahan penduduk tempatan di mana tembakan dilepaskan terhadap kumpulan berkenaan tetapi tidak mengenai individu yang membuat onar berkenaan.

Tidak kira versi cerita mana yang timbul, yang pasti, kemarahan orang Turki membuak-buak sebaik mendengar apa yang berlaku. Lebih 2,500 tentera tempatan (tentera bukan seragam yang dibentuk selepas kuasa tentera Uthmaniyah dibatalkan) mengepung Marash selama dua minggu. Walaupun pihak Perancis cuba bertahan termasuk mengasak kedudukan pihak lawan dengan serangan artileri, itu langsung tidak mematahkan semangat pihak Turki yang mengepung.

Contoh tentera Turki yang dibentuk kelompok nasionalis pimpinan Mustafa Kemal Ataturk selepas enggan mematuhi Gencatan Senjata Mudros yang dianggap melemahkan kedudukan Turki.

Kepungan ini turut dibantu oleh pasukan polis Turki yang didakwa bersubahat dengan pihak lawan. Tetapi pihak Perancis terlupa, insiden Sutcu Imam bisa menaikkan amarah sesiapa yang mendengarnya termasuk pasukan polis Marash yang diletakkan di bawah seliaan mereka. Dengan kedudukan mereka dalam bahaya, Perancis memilih untuk berundur pada awal Februari 1920.

Bagi orang Armenia yang berada di situ, mereka ada sebab untuk takut. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tindakan ahli Legion Armenia Perancis yang mencabut/cuba mencabut hijab Muslimah di Marash pasti mengundang tindak balas daripada orang tempatan. Pertempuran Marash menyaksikan sekurang-kurangnya 5,000 hingga 12,000 orang awam Armenia terbunuh – semuanya gara-gara tindakan semberono tentera luar yang tak faham adat dan agama orang tempatan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebagai tindak balas, pihak Bersekutu terus menekan Turki Uthmaniyyah untuk mengambil tindakan segera termasuk menggantung perlembagaan dan parlimen. Sebagai tindak balas, ramai memilih bergabung dengan kerajaan pimpinan Ataturk di Ankara dan menentang semua usaha pendudukan kuasa asing di bumi Turki. Marash dianggap permulaan pertama kempen Perang Kemerdekaan Turki yang berlangsung dari 1919 hingga 1922.

Selepas bertempur selama beberapa tahun, Turki bebas daripada kuasa asing menerusi gencatan senjata di Mudanya sebelum disusuli dengan Perjanjian Lausanne pada Julai 1923. Dengan pemeteraian Perjanjian Lausanne, kerajaan Uthmaniyah sedia ada disingkirkan dan digantikan dengan kerajaan baru yang dipimpin Ataturk. Republik Turki sekular dibentuk pada Oktober 1923 dengan kekhalifahan Turki Uthmaniyah dihapuskan pada Mac 1924.


Peristiwa ini bukan satu-satunya yang mewarnai sejarah Turki Uthmaniyah. Dalam buku UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI, kalian boleh dapat lagi banyak maklumat tergempar mengenai empayar agung Islam ini. Layari melalui Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Farrer Zeidner, R. (2005). The Tricolor over the Taurus: The French in Cilicia and Vicinity, 1918-1922, Atatürk Supreme Council for Culture, Language and History.

J. Shaw, S. (2001).  The Armenian Legion and its Destruction of the Armenian Community of Cilicia. Turkish Historical Society. Muka surat 155-206.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply