Korang percaya tak bahawa mereka yang mempunyai otak yang besar adalah mereka yang tinggi pintarnya? Kalau percaya, buang sajalah kepercayaan macam tu! Saintis dah bongkarkan yang saiz otak tak menggambarkan kepintaran seseorang!

 

Pada tahun 2015, saintis dari University of Vienna iaitu Martin Voracek dan kumpulannya melakukan kajian terhadap 8,000 orang sukarelawan, bagi menguji pemikiran mereka.

 

Keputusan menunjukkan hanya enam peratus saja dari kesemua sukarelawan, iaitu kepintaran mereka bergantung kepada saiz otak. Di sinilah Voracek mendapat jawapan yang mereka cari.

 

Sebenarnya, terdapat hubungan yang lemah yang mengaitkan kebijaksanaan dengan saiz otak. Ada antara sukarelawan yang mempunyai saiz otak yang kecil lebih pintar dari sukarelawan yang mempunyai saiz otak yang besar.

 

Jadi, saiz otak tak banyak ambil peranan untuk meningkatkan kepintaran seseorang. Hanya keupayaan berfikir saja yang mengambil peranan. Begitu juga haiwan, otak ikan paus yang dikatakan bersaiz paling besar hanya mempunyai taraf kepintaran setaraf dengan burung kolibri (hummingbird) yang otaknya bersaiz kecil.

 

 

Kalau macam tu, kenapa saiz otak setiap manusia atau haiwan berbeza-beza? Persoalan ini saintis sedang mengkaji lagi. Mereka hanya kemukakan teori bahawa saiz kandungan otak mempunyai fungsinya iaitu menyimpan memori lama.

 

Tak perlulah korang cemburu dengan mereka yang besar kepalanya (otak saiz besar). Mereka pun tak berapa cerdik sangat, melainkan belajar ilmu. Bagi korang yang bekeluarga, jangan harapkan kismis minda je. Bagi anak banyak-banyak baca buku supaya daya pemikirannya semakin kuat dan menjadi anak yang pintar pada masa akan datang.

 

Lainlah Albert Einstein, beliau ternyata saintis yang genius sampai saintis sekarang masih mengkaji otaknya.

 

______

 

Evolusi manusia sepanjang zaman adalah ilmu yang wajib korang faham bagi memahami keupayaan diri sebagai manusia. Bagi korang yang minat ilmu ni, jemput baca GENESIS II yang memperluas pasal manusia prasejarah dan potensi manusia moden. Jom beli sempena kami adakan jualan PASCA PBAKL: https://bit.ly/genesisII


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply