Ada seorang saintis dari tamadun Yunani Kuno, yang korang boleh anggap beliau sebagai gila kerana tiba-tiba saja saintis ni keluar dari bilik mandi, berlari dalam keadaan bogel, dan menyebut ‘Eureka! Eureka!’. Nampak gila tak?

 

Siapakah saintis yang sanggup berbogel ini? Namanya ialah Archimedes. Archimedes ni seorang ahli matematik dan perekacipta yang disegani orang ramai.

 

Archimedes lahir pada tahun sekitar tahun 287 SM di kota Syracuse. Ayahnya bernama Philadiaus ialah seorang ahli astronomi yang dikenali ramai. Jadi, sejak kecil Archimedes mendapat pendidikan yang baik sehingga mampu belajar di kota para ilmuan iaitu Alexandria, Mesir.

 

Yang kisah Archimedes berteriak ‘Eureka!’ sambil keluar berbogel dari bilik mandi itu sebenarnya beliau telah menemui konsep keapungan (buoyancy) dalam dunia fizik. Ada dua versi kisah bagaimana beliau menemui konsep tersebut.

 

 

Pertama, kisah mahkota emas Raja Hiero II. Pada suatu hari, Raja Hiero II mahukan mahkota emas. Beliau amanahkan kepada tukang emas (goldsmith) untuk menempa mahkota tersebut. Bila dah siap, Hiero II ragu-ragu sama ada mahkota tersebut betul-betul emas atau bercampur dengan perak.

 

Bagi hilangkan kerisauan raja ini, baginda meminta Archimedes untuk menyelesaikan masalah ini tanpa merosakkan mahkota tersebut. Jadi, Archimedes garu kepala dan cuba mencari jalan macam mana nak tentukan ketumpatan mahkota emas ini tanpa leburkannya.

 

Akhirnya ilham kepada jawapan ini lahir ketika Archimedese sedang mandi. Archimedes dapati isi padu air yang melimpah keluar daripada tab mandinya sama dengan isi padu tubuhnya yang masuk ke dalam tab mandi tersebut. Di sinilah beliau keluar dan menyebut ‘Eureka’ yang bermaksud aku telah menemuinya.

 

Kisah versi kedua pula ialah kisah membina kapal gergasi. Hiero II meminta Archimedes untuk membina sebuah kapal gergasi yang memuatkan perpustakaan, kolam mandi, gymnasium, kuil Aphrodite dan 8 buah menara yang berdiri di atas patung dewa Atlas.

 

Bagi Archimedes, sukar untuk membina kapal seberat itu kerana pastinya akan tenggelam. Ketika sedang mandi itulah ilham teragung Archimedes datang. Pengamatan Archimedes pada tab mandinya mampu terapung di atas air itulah yang mengilhamkan solusi kepada masalah Hiero II.

 

Penjelasannya ialah kalau air yang digantikan oleh kapal sama berat dengan berat kapal itu sendiri, kapal tidak akan dapat terapung dengan baik. Tetapi kalau berat air yang digantikan oleh kapal lebih ringan daripada berat kapal, kapal akan tenggelam. Maka, berat air yang digantikan oleh kapal mestilah lebih tinggi daripada berat kapal supaya kapal dapat terapung dengan baik.

 

Apa-apa pun versi kisahnya, Archimedes ternyata penemu hukum keapungan bagi mencari isi padu sesuatu benda atau kapal. Sehingga sekarang hukum ini masih digunapakai dalam dunia fizik moden bagi memastikan kapal laut terapung sebelum berlayar.

 

______

 

Nak lagi kisah tentang saintis-saintis terkemuka dunia? Mari dapatkan THE PHYSICIST ODYSSEY sempena kami adakan jualan PASCA PBAKL! Korang boleh beli di:

https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply