Jackie Chan, nama yang tidak asing lagi kalau bercerita tentang wayang aksi China dan Hong Kong. Beliau bukan saja setaraf dengan mendiang Bruce Lee dan Stephen Chow, malah beliau menjadi antara bintang pelakon paling popular pada era 1990-an, 2000-an, sehingga era sekarang!

 

Untuk trivia ini saya ceritakan serba sedikit tentang bintang Hong Kong yang terkenal dengan lakonan lagak ngerinya. Jackie Chan lahir pada 7 April 1954 di Hong Kong. Masa tu nama sebenarnya ialah Chan Kong-sang.

 

Ayah Chan ni sebenarnya seorang pengintip atas arahan Lefternan Jeneral Dai Li semasa China di bawah pemerintahan Kuomintang. Selepas komunis menakluk China, ayah Chan pindah ke Hong Kong pada tahun 1940-an bagi mengelak dirinya ditangkap.

 

Chan membesar dengan baik di Hong Kong walaupun ayahnya hanya bekerja sebagai tukang masak. Masuk tahun 1960, Chan memasuki kelas opera iaitu China Drama Academy di Peking Opera School. Di sinilah Chan menceburui bidang seni pertahanan diri dan akrobatik.

 

 

Kemudian, Chan memasuki dunia perfileman dua tahun kemudian. Di sana, Chan banyak mempelajari ilmu pertahanan diri seperti Kung Fu, Hapkido, Karate, Judo, Taekwondo, dan Jeet Kun Do iaitu ilmu Kung Fu milik Bruce Lee.

 

Pada mula kerjaya sebagai pelakon, sejak usia lapan tahun lagi beliau berlakon dalam filem Hong Kong berjudul Big and Little Wong Tin Bar (1962). Pada tahun 1972, Chan berlakon bersama idolanya iaitu Bruce Lee dalam filem Fist of Fury (1972) dan Enter The Dragon (1973).

 

Lakonan Chan yang sentiasa lakukan lagak ngeri menarik perhatian penerbit filem bernama Willie Chan pada tahun 1976. Kemudian, Chan menerima tawaran Willie sebagai pelakon bawah penerbitannya. Pernah Chan dijadikan sebagai Bruce Lee kedua dengan tukarkan nama pentas kepada Sheng Long (成龍) dalam filem New Fist of Fury (1976) tapi tak berapa menjadi.

 

Di sini kita boleh nampak bahawa industri perfileman Hong Kong begitu nakkan Jackie Chan sebagai penerus legasi Bruce Lee. Tapi, bagi Chan dia nak jadi pelakon aksi dengan caranya sendiri, iaitu mahir dengan lagak ngeri.

 

 

Jackie Chan semakin terkenal melalui wayang-wayang aksi seperti Drunken Master (1978), Dragon Lord (1982), Police Story 2 (1988) dan Police Story 4: First Strike (1996). Sampailah beliau menyertai Hollywood pada akhir tahun 1990-an melalui wayang Who Am I? (1998), Rush Hour 2 (2001), Shanghai Knights (2003), dan The Medallion (2003).

 

Sebanyak lebih 150 wayang yang telah Chan berlakon. Masuk tahun 2012, Chan berhenti dari berlakon lagak ngeri kerana nak jaga badannya yang semakin berusia, tapi beliau masih berlakon. Pada tahun 2015, Chan mendapat gelaran ‘Datuk’ kerana beliau bantu menaikkan nama Malaysia semasa berlakon di Kuala Lumpur.

 

Sekarang, Jackie Chan masih lagi berlakon tapi beliau disanjung ramai dengan menjadi satu-satunya pelakon lagak ngeri yang paling berani dan mempunyai ilmu melarikan diri yang unik melalui ilmu akrobatik beliau!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply