Manusia dan bawah tanah tidak dapat dipisahkan sejak dulu lagi. Telah banyak sejarah tentang manusia membina penempatan bawah tanah (termasuk gua) sama ada melindungi diri dari ancaman musuh atau bencana alam.

Tapi, pada era moden ini masih logik lagi tak manusia tinggal di bawah tanah?

Masih ada lagi manusia yang tinggal dalam bawah tanah, tapi bergantung kepada keadaan sekeliling. Macam kota bawah tanah bernama Coober Pedy di selatan Australia.

Kota bekas tempat perlombongan ini boleh memuatkan 2,500 orang penduduk. Asalnya kota ini tempat cari gali mineral iaitu batu opal, batu yang begitu berharga bagi mereka. Kemudian warga Australia terdekat jadikan tinggalan lombong bawah tanah ini sebagai rumah.

 

Kawasan permukaan Coober Pedy amat panas sehingga mencecah 52 darjah Celsius. Kalau masuk waktu malam, suhu menurun sehingga -2 darjah Celsius. Kerana cuaca yang begitu ekstrim ini, menetap di rumah bawah tanah adalah pilihan bagi penduduk sebab suhu hanya 23 darjah Celsius saja, sesuai dengan badan manusia.

Rumah bawah tanah Coober Pedy ni agak mewah jugalah, siap ada ruang tamu mewah dan kolam renang lagi! Jadi, warga sana tidak ada masalah untuk tinggal dalam bekas lombong batu opal ni.

Tapi, menetap di bawah tanah bukanlah mudah seperti apa yang disangka. Ia memerlukan belanja yang banyak untuk memastikan bawah tanah tahan dari bencana alam macam ribut taufan yang sentiasa melanda AS (Amerika Syarikat). Kalau tidak dititikberatkan, silap hari bulan penempatan bawah tanah runtuh akibat kemasukan air dari permukaan!

 

Lagi satu, tinggal di bawah tanah tidak berapa baik bagi mereka yang beragama atau amalkan tradisi kuno. Tinggal di bawah tanah disamakan dengan tinggal di alam roh atau neraka. Jadi, bagi mereka tinggal di bawah tanah bukanlah pilihan yang baik.

Tapi, kalau kerajaan negara seperti AS nak jadikan bawah tanah sebagai penempatan kekal, mungkin boleh jadi tapi bersedia dengan belanja yang banyak. Mungkin pada masa akan datang, manusia akan mencipta dunia bawah tanah, kembali mengikut jejak langkah moyang dulu!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply