Semasa era kerajaan Achaemenid, wujud satu pasukan tentera elit yang membantu aktiviti perluasan kuasa kerajaan berkenaan. Tentera yang dipanggil Immortal oleh Herodotus ini merupakan tentera infantri berperisai yang amat digeruni oleh musuh-musuh Achaemenid termasuk pihak Yunani.

Jadi, mengapa tentera elit ini digelar Immortal? Apabila salah seorang daripada 10,000 anggota tenteranya terbunuh atau cedera, anggota ini akan digantikan dengan anggota yang lain. Ini membantu unit elit itu kekal tersusun dan konsisten dari segi bilangan mereka.

Dari satu segi, ini menjelaskan mengapa unit elit Achaemenid ini digelar Immortal. Ini kerana dengan menggantikan anggota mereka yang cedera atau mati dengan anggota tentera lain, ini menjadikan mereka seolah-olah kebal dan abadi. Bagi mana-mana tentera yang melihatnya, ia boleh saja merosakkan moral dan mendorong mereka lebih cepat putus asa.

Unit elit Immortal dikatakan dibentuk semasa era pemerintahan Cyrus Agung (Cyrus the Great). Unit Immortal berperanan bukan saja sebagai unit pengawal baginda tetapi sebagai kelompok tentera yang bertanggungjawab melancarkan serangan mengejut terhadap pihak lawan.

Sejarawan dan pemimpin tentera Yunani terkenal Xenophon merekodkan ahli Immortal dipilih dalam kalangan pahlawan terbaik yang dimiliki Empayar Achaemenid.

Jika dilihat kepada rejim latihan tentera Parsi, tidak hairanlah mengapa Immortal tidak pernah berdepan masalah kekurangan anggota. Seawal usia lima tahun, kanak-kanak Parsi dilatih menggunakan busur dan anak panah, melontar lembing dan menunggang kuda.

Kanak-kanak lelaki turut dilatih untuk memburu binatang dan perlu melalui pelbagai ujian termasuk kemampuan menahan sejuk, panas dan hujan. Apabila mereka mencecah usia 20 tahun, mereka akan dipanggil berkhidmat untuk pasukan tentera.

Unit Immortal turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan senjata canggih pada ketika itu. Ini termasuk pedang atau pisau besar, lembing pendek, perisai yang disadur dengan emas, busur dan anak panah. Walaupun perisai mereka tidaklah sehebat pihak Yunani, melihat kelibat Immortal di medan perang pasti menggentarkan pihak musuh.

Unit Immortal turut dikenali kerana memakai topi khas yang dikenali sebagai tiara Parsi. Ia digambarkan sebagai kain atau topi bulu biri-biri yang melindungi pemakainya daripada habuk dan kotoran.

Immortal dianggap komponen penting dalam banyak aktiviti perluasan kuasa Achaemenid. Mereka membantu Cyrus menakluk Babylon pada 539 SM, Mesir pada 525 SM (era Cambyses II) dan serangan ke atas barat Punjab, Sindh dan Scythia sekitar 520 hingga 513 SM (era Darius I).

Malah, unit ini juga turut terlibat dalam Pertempuran Thermopylae pada 480 SM. Dalam pertempuran tersebut, pihak Yunani menghalang pergerakan pihak Parsi dengan menutup satu laluan sempit. Ini memaksa mereka mengambil laluan alternatif tetapi masih dapat menyerang pihak musuh dari sebelah belakang.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang diketahui tentang mereka hari ini. Jika ada sekalipun, ia berdasarkan catatan Herodotus.

Semasa era Iskandar Agung (Alexander the Great), terdapat satu unit khas yang dipanggil Si Pembawa Epal (The Apple Bearers). Mereka diberi gelaran sedemikian kerana mempunyai pemberat berbentuk epal pada lembing mereka. Tidak mustahil Si Pembawa Epal sebenarnya merujuk kepada Immortal.

Pemberat pada lembing askar Achaemenid menunjukkan Apple Bearers dan Immortal merupakan unit tentera Achaemenid yang sama. Sumber: livius.org

Walaupun maklumat tentang mereka masih lagi belum diketahui, mereka masih dianggap simbol kekuatan sesebuah pasukan tentera pada era antikuiti. Mereka turut muncul dalam budaya pop termasuk filem 300 arahan Zack Snyder.

RUJUKAN

Reese, M.R. (2022, 14 Mac).The Immortals: Elite and Formidable Army of the Persian Empire. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply