Kalau sebut astronomi, mesti ramai akan ingat nama Copernicus, Galileo atau Kepler. Diorang ni memang terkenal dalam dunia sains Barat sebagai ‘bapa’ kepada astronomi moden.
 
Tapi yang jarang disebut ialah bagaimana para cendekiawan Islam sebenarnya dah kaji bintang, planet dan alam semesta jauh lebih awal sebelum diorang lahir!
 
Masa Eropah masih terkongkong dengan dogma gereja yang percaya bumi adalah pusat alam semesta, cendekiawan Islam dah sibuk buat kiraan pergerakan planet dengan ketepatan yang luar biasa.
 
Bahkan, kalau bukan sebab usaha mereka, mungkin Copernicus pun takkan jumpa model heliosentrik yang akhirnya mengubah sejarah dunia.
 
Jadi, betul ke astronomi moden ni hasil kerja cendekiawan Eropah, atau sebenarnya ilmu ni asalnya dari tamadun Islam yang dah lama ‘dilupakan’?
 
[Era Keemasan Astronomi Islam: Dari Penterjemahan ke Revolusi Ilmu]
 
Sejarah bermula dengan satu langkah penting iaitu penterjemahan karya asing. Semasa era Bani Umayyah, aktiviti ni dah mula berjalan, tapi ia benar-benar meletup masa pemerintahan Bani Abbasiyah, terutamanya zaman Harun al-Rashid dan anaknya, al-Ma’mun.
 
Antara karya yang diterjemah ialah Almagest, kitab astronomi terkenal tulisan Ptolemy. Tapi bila para ilmuwan Islam kaji isi kitab ni, ramai yang garu kepala. Ptolemy sendiri pun keliru nak terangkan cara sebenar planet dan bumi beredar.
 
Salah seorang ilmuwan Islam, Ibnu Yunus, kaji balik kiraan Ptolemy dan dapati ada kesilapan besar. Menurut Ptolemy, perubahan gerakan bumi berlaku dengan kadar yang salah.
 
Ibnu Yunus betulkan kiraan ni. Beliau kata perubahan sebenar ialah satu darjah setiap 70 tahun yang hampir sama dengan kiraan moden hari ni iaitu satu darjah setiap satu abad!
 
Masa ni, Eropah masih ketinggalan. Gereja tetap berpegang teguh pada doktrin bumi sebagai pusat alam semesta walaupun cendekiawan Islam seperti Ibnu Yunus dan Ibnu al-Shatir dah pun buktikan model ni salah.
 
Kajian diorang inilah yang akhirnya menjadi asas kepada model heliosentrik Copernicus lebih 200 tahun kemudian!
 
[Matematik: Senjata Utama Ahli Astronomi Islam]
 
Nak buat kiraan pergerakan planet bukan kerja main agak-agak. Ia perlukan matematik yang tepat dan di sinilah cendekiawan Islam menunjukkan kehebatan mereka.
 
Antara nama besar ialah al-Khawarizmi, bapa algebra. Algebra dan trigonometri yang beliau bangunkan menjadi alat utama dalam pengiraan astronomi.
 
Tanpa ilmu ni, mustahil untuk mengira sudut bintang, kedudukan planet, dan ramalan gerhana dengan tepat.
 
Tapi ilmu je tak cukup, kena ada kemudahan untuk buat kajian.
 
[Balai Cerap: Makmal Astronomi Islam]
 
Salah satu kelebihan tamadun Islam ialah sokongan pemerintah terhadap ilmu. Masa era Khalifah al-Ma’mun, baginda luluskan projek balai cerap pertama di Baghdad.
 
Dari situ, setiap wilayah dalam empayar Islam berlumba-lumba membina balai cerap sendiri.
Tanpa teleskop (sebab masa tu masih belum wujud), para astronomi Islam guna sekstan khas dan ada yang sebesar 40 meter!
 
Alat ni membantu mereka mengira sudut matahari, pergerakan bintang, dan peredaran planet dengan sangat tepat.
 
Salah satu cendekiawan hebat masa tu ialah Abdul Rahman al-Sufi. Pada tahun 964 M, beliau kumpulkan semua data pemerhatiannya dan hasilkan Kitab Suwar al-Kawakib (Kitab Bintang-Bintang Tetap).
 
Buku ni paling menyeluruh dalam merekod buruj-buruj bintang yang kelihatan di langit.
Dan yang paling mengejutkan, Abdul Rahman al-Sufi adalah orang pertama yang menemui galaksi Andromeda dan Awan Magellan Besar!
 
Dua-dua ni boleh nampak dengan mata kasar, tapi masa tu tiada siapa sedar betapa besarnya impak penemuan ini.
 
Hasil kerja beliau jadi asas kepada astronomi moden. Malah Tycho Brahe, ahli astronomi Denmark yang terkenal, banyak rujuk hasil penemuan beliau.
 
[Cahaya, Kamera dan Ilmu Optik]
 
Seorang lagi ilmuwan Islam yang bantu perkembangan astronomi ialah Ibnu al-Haytham.
 
Kalau sebut nama dia, mesti ramai ingat pada optik dan teori cahaya. Beliau adalah orang pertama yang membuktikan cahaya bergerak dalam garis lurus ke mata, konsep penting dalam kajian bintang dan teleskop moden.
 
Kajian beliau dalam bidang optik jadi asas kepada penciptaan kamera dan teleskop, sesuatu yang Galileo sendiri gunakan untuk kajian planet pada abad ke-17.
 
[Astrolab: Alat Astronomi Wanita Islam]
 
Tak ramai tahu bahawa antara cendekiawan Islam yang menyumbang dalam astronomi adalah wanita!
 
Salah satu alat yang penting dalam astronomi masa tu ialah astrolab, sejenis alat untuk mengira altitud objek cakerawala dan menentukan kedudukan bintang.
 
Walaupun astrolab asalnya dicipta oleh pemikir Yunani, Hipparcus, ia ditambah baik oleh cendekiawan Islam termasuk seorang wanita bernama Mariam al-Astrulabi pada abad ke-10.
 
Beliau bukan sekadar faham teori tetapi membuat sendiri astrolab yang digunakan oleh para ilmuwan Islam untuk pengiraan astronomi.
 
[Kenapa Barat Tak Mengaku?]
 
Bila kita bercakap pasal astronomi moden, nama Copernicus, Galileo dan Kepler sering disebut. Tapi hakikatnya, tanpa sumbangan cendekiawan Islam, ilmu mereka mungkin takkan berkembang seperti yang kita kenal hari ini.
 
Ilmuwan Islam dah lama membina asas dalam pengiraan orbit planet, kajian buruj, optik dan alat ukur astronomi. Bahkan, teori bumi mengelilingi matahari sudah pun dikaji ratusan tahun sebelum Copernicus menulis bukunya!
 
Jadi kenapa sejarah sering melupakan mereka? Kenapa sumbangan besar ini jarang disebut dalam buku teks sains moden?
 
Mungkin dah tiba masa untuk dunia mengakui bahawa astronomi moden bukan sekadar warisan Barat tetapi sebenarnya warisan cendekiawan Islam yang telah menerangi langit sebelum zaman Renaissance lagi.
 
___
 
Kalau anda berminat nak baca tentang cerita-cerita hebat berkenaan pencapaian saintifik umat Islam pada zaman dulu, dapatkan sekarang buku tulisan Helmi Effendy, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM.
 
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
 
Terima kasih!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.