John Cena akhirnya buat keputusan yang selama ni WWE takut nak laksanakan. Heel turn Cena di Elimination Chamber 2025 bukan sekadar twist biasa, tapi satu detik yang akan dikenang dalam sejarah WWE.
Bayangkan, lelaki yang selama dua dekad bawa slogan Hustle, Loyalty, Respect tiba-tiba berpaling tadah, belasah Cody Rhodes dengan tali pinggang WWE dan berdiri sebaris dengan The Rock.
Seluruh arena terkejut. Ini bukan Cena yang kita kenal, tapi ini Cena yang WWE perlukan sekarang!
[Dua Dekad Jadi Hero Yang Tak Pernah Berubah]
Sejak debut tahun 2002, Cena memang lambang hero WWE. Dia masuk era Ruthless Aggression lawan Kurt Angle, lepas tu naik nama dengan persona Doctor of Thuganomics.
Tapi bila dia bertukar jadi babyface, wataknya kekal macam tu sampai lebih 20 tahun! Dari budak kecil sampai mak budak semua suka dia, tapi ramai peminat hardcore makin bosan.
Bertahun-tahun laungan “Let’s Go Cena! Cena Sucks!” bergema dalam arena. Dia bukan tak bagus, tapi dia terlalu ‘bersih’, terlalu predictable.
WWE tahu Cena ni mesin duit, jualan merchandise dia gila-gila tinggi, jadi Vince McMahon tak berani nak tukar karakter dia.
Lagi satu, Cena pegang rekod Make-A-Wish paling banyak dalam sejarah WWE. Jadi, dia kena kekal hero.
Tapi itu dulu… sekarang Cena dah buat pilihan sendiri.
[Kenapa Heel Turn Ini Perlu Berlaku Sekarang?]
Heel turn Cena ni bukan saja-saja, tapi ada sebab kukuh kenapa dia pilih jalan ni. Semua bermula dengan pengumuman persaraan dia pada Julai 2024.
Cena bagitahu dunia yang 2025 akan jadi tahun terakhirnya di WWE. Peminat semua ingat dia akan bersara dengan cara heroik, tapi WWE bagi satu kejutan yang kita tak pernah jangka.
Sekarang WrestleMania 41 bukan sekadar ‘farewell’, tapi satu pentas untuk Cena akhiri karier dengan cara yang paling memorable sebagai penjahat!
Lagi satu, Cena dah lama target nak pecahkan rekod Ric Flair untuk kejuaraan dunia ke-17. Dia dah cuba banyak kali, tapi tak berjaya.
Kekalahan di Royal Rumble 2025 kepada Jey Uso buat dia makin terdesak. Kemenangan di Elimination Chamber sepatutnya jadi redemption arc dia, tapi Cena tahu dia perlukan lebih dari sekadar kemenangan biasa.
Jadi, dia buat keputusan paling besar dalam kariernya. Dia “sell his soul to the devil,” dia pilih The Rock sebagai sekutu dan dia belasah Cody Rhodes untuk pastikan jalan dia ke WrestleMania terbuka luas.
Sebenarnya, heel turn Cena ni bukan benda baru. Dulu masa feud dengan The Rock tahun 2012, WWE hampir bagi dia tukar jadi heel.
Dia siap dah siapkan theme song baru, gear baru, konsep baru. Tapi Vince tarik handbrake sebab takut kehilangan mesin duit syarikat.
Sekarang, dengan Triple H yang pegang kreatif, tiada lagi sekatan. Cena akhirnya bebas untuk buat apa yang dia nak buat sejak lebih 10 tahun dulu!
[John Cena Sebagai Heel Adalah Cena Yang Terbaik]
Benda paling menarik pasal heel turn ni ialah kita akhirnya dapat tengok Cena unleash potensinya sepenuhnya.
Sebelum dia jadi hero WWE, dia sebenarnya seorang heel yang berbisa. Persona Doctor of Thuganomics membuktikan yang Cena boleh jadi seorang villain yang penuh karisma, tajam dalam promo dan cukup kejam dalam gelanggang.
Bila Cena berdiri di sebelah The Rock, kita nampak sesuatu yang lain dalam wajah dia. Ini bukan Cena yang selama ni kita kenal.
Dia nampak kejam. Dia nampak gila. Dan itu yang buat heel turn ni jadi sempurna. Ini bukan perubahan yang dibuat secara paksaan, ini evolusi terakhir John Cena dalam WWE.
[Triple H, Mastermind Di Sebalik Heel Turn Cena]
Kalau nak cari siapa dalang sebenar di sebalik heel turn Cena ni, jawapannya mudah. Triple H.
Dalam press conference selepas Elimination Chamber, Triple H sendiri mengaku bahawa ini adalah salah satu detik paling power yang dia pernah saksikan dalam WWE.
Dia terangkan yang idea ni bermula dengan banyak perbincangan di belakang tabir. Dia dan The Rock memang dah lama bekerja bersama dalam mencipta jalan cerita yang gempak.
Bila tiba masanya nak buat sesuatu yang orang tak akan jangka, heel turn Cena jadi pilihan terbaik. Malah, Triple H puas hati sebab tak ada sesiapa dalam WWE Universe dapat ramal kejutan ni lebih awal.
Triple H juga bagitahu yang Cena sebenarnya boleh je habiskan tahun terakhir dia dengan nostalgia run, datang setiap minggu, senyum dan main selamat.
Tapi Cena tak nak macam tu. Dia nak keluar dengan cara yang paling mencabar, dia nak tinggalkan impak yang akan dikenang sampai bila-bila.
[Heel Turn Yang Akan Dikenang Dalam Sejarah]
Heel turn Cena ni bukan setakat plot twist, ini ialah peristiwa yang akan dikenang dalam sejarah WWE macam Hulk Hogan sertai nWo pada tahun 1996.
Ini bukan sekadar pengkhianatan kepada Cody Rhodes, tapi juga kepada seluruh persona ‘Superman’ yang Cena bawa selama dua dekad.
Sekarang dia bukan lagi simbol ‘Never Give Up’, dia ialah lelaki yang sanggup buat apa saja untuk tinggalkan WWE sebagai yang terbaik.
Dengan WrestleMania 41 dah dekat, persoalan besar yang semua peminat WWE tunggu. Adakah John Cena akan mengangkat kejuaraan WWE buat kali terakhir, atau Cody Rhodes akan membalas dendam dan menamatkan karier Cena dengan cara yang lebih tragis?
Apa pun jawapannya, satu benda pasti. Kita takkan pernah lupa bagaimana John Cena menutup bab terakhir dalam legasinya.
___
Apa sebenarnya yang buat individu luar biasa seperti John Cena tahu bila masa paling tepat untuk berubah? Bagaimana tokoh-tokoh hebat di dunia mencipta kejayaan dengan strategi yang orang lain tak nampak?
Korang boleh baca HIDDEN GENIUS untuk selami rahsia cara mereka melihat peluang, mengambil risiko dan mencipta legasi yang takkan dilupakan!
Dapatkan segera!
https://shope.ee/6ANwVfKSpc
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.