Musim Haji kembali lagi, Jemaah Haji Malaysia dan para Duyufurrahman sudah mula berada di Tanah Suci. Kita doakan semuanya mendapat Haji yang Mabrur. Buat kita di Tanah air, kita juga meraikan Aidiladha dengan merayakan dan melakukan pengorbanan kita selaku kaum Muslimin.
Korban yang dilakukan oleh kita dapatlah kita menyingkapi semula sejarah bagaimana pengorbanannya Nabi Ibrahim AS dan keluarganya.
Umum kita sudah ketahui sirah Nabi Ibrahim AS dan pengorbanannya. Terdapat beberapa ibrah yang boleh dijadikan pengajaran antaranya,
1) Lambang Ketaatan Seorang Nabi
Kita lihat bahawa ketaatan Baginda Nabi Ibrahim AS dalam mentaati perintah Allah SWT dalam melakukan pengorbanan dengan meninggalkan keluarganya di sebuah tanah yang tiada penghuni.
Akhirnya, pengorbanan ini diangkat Allah SWT menjadi sebuah asas kepada bangunnya sebuah kota Suci yang diziarahi oleh manusia bahkan tidak putus putus dikunjungi sehingga ke hari ini. Inilah dia lambang ketaatan seorang Rasul.
2) Yakin akan bantuan Allah SWT
Baginda setelah meninggalkan keluarganya hanyalah menyerahkan takdir mereka kepada Allah SWT. Sungguh Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Allah SWT kemudiannya mengurniakan rezeki kepada Keluarga Nabi Ibrahim AS dan Hajar sebuah perigi Zam Zam yang kemudiannya menjadi sumber air yang bermanfaat di Kota Mekah.
Inilah semuanya kurniaan Allah SWT buat Hambanya yang sabar. Oleh itu, ayuhlah kita cedok dan selami pengorbanan ini agar menjadi pengajaran buat diri kita.
Oleh : Muqri Nizam

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply