Gurun Sahara merupakan padang pasir terbesar di dunia. Jarak Gurun Sahara meliputi lebih 3.6 juta batu persegi (9.3 juta kilometer persegi), lebih kurang besar keluasan Amerika Syarikat.  Walau bagaimanapun, 10,000 ribu tahun yang lalu, sebelum tanah yang besar ini menjadi Gurun Sahara yang kering kontang dan panas, Sahara dikenali sebagai tanah yang menghijau dan subur untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Sahara yang diketahui umum hari ini adalah kawasan yang panas dan kering. pendek kata, persekitaran yang tidak mesra kepada kebanyakkan kehidupan. Mana tidaknya, dataran pasir yang terbentang luas ini secara purata mencapai suhu tinggi melebihi 40-47 darjah Celsius pada bulan musim panas.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Walaupun keadaan Sahara pada masa kini begitu panas, ia sebenarnya lebih ‘disukai’ oleh lebih 500 spesies tumbuhan dan 250 spesies haiwan. Antara tumbuhan tersebut ialah pokok Kaktus, haiwan dan serangga seperti Athropod, Arachnid manakala sebahagian spesies reptilia dan Mamalia boleh ditemui di Gurun Sahara.

Tetapi setakat ini perkara yang paling menarik tentang Gurun Sahara ialah bagaimana ia menjadi kawasan kering selama beberapa ribu tahun, sedangkan kita tahu ia pernah menjadi tanah yang hijau dan subur.

Penyelidikan menunjukkan dengan jelas bahawa Sahara bukanlah landskap yang kering dan berpasir pada masa ini. Malah, Sahara dahulunya diliputi alam flora yang menghijau seperti Amazon atau boleh diibaratkan sebuah Oasis yang dipenuhi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan. Bagi ahli arkeologi dan ahli antropologi, zaman yang disebut sebagai Sahara Hijau dapat difahami dengan baik.

Jadi, apa yang berlaku kepada Sahara Hijau? Ke manakah perginya manusia dan haiwannya?

Sahara Hijau

Seperti yang disebutkan di atas, istilah Sahara Hijau merujuk kepada wilayah/kawasan Sahara pada 10,000 tahun yang lalu, semasa Sahara menjadi landskap yang subur yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau dengan sejumlah besar spesies haiwan.

Mungkin Beginilah Lanskap Sahara Pada 10,000 Tahun Lalu

Bahkan keunikan Sahara pada zaman lalu bukan saja mempunyai banyak spesies flora dan fauna tetapi mempunyai “tasik mega” besar yang terbentang lebih dari 42,000 batu persegi (109,000 kilometer persegi)! Air tasik yang banyak dan tinggi telah banyak menyumbang kepada jumlah tumbuhan dan pelbagai spesies yang hidup di rantau ini.

Pada zaman Sahara Hijau,  Tasik Chad di Afrika dahulunya dikenali sebagai Megachad, ribuan tahun dulu keluasan Megachad sepuluh kali lebih besar daripada sekarang. Tasik gergasi ini membekalkan air kepada sungai-sungai besar termasuk Sungai Nil, Sungai Ni.ger, dan sungai-sungai lain yang tak terkira jumlahnya.

Dengan keperluan sumber yang lebih dari paras mencukupi, tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti Gajah, Badak Sumbu, Buaya dan manusia dapat hidup subur di Sahara selama beribu-ribu tahun.

Malah tamadun manusia juga dapat berkembang kerana mereka mempunyai semua sumber yang mungkin mereka perlukan di Sahara Hijau, termasuk makanan, air dan tempat tinggal. Bahkan tak pernah ada kekurangan haiwan buruan atau tumbuh-tumbuhan untuk dibuat makanan.

Ini bermakna, kekayaan sumber alam melahirkan populasi manusia jauh lebih tinggi berbanding populasi hari ini. Sahara Hijau kemungkinan menempatkan lebih beberapa juta penduduk berbanding 2.5 juta penduduk Gurun Sahara pada masa ini.

Kerana populasi manusia yang tinggi, hubungan antara masyarakat mula tercetus dan ekonomi perdagangan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Dengan banyaknya barangan dan sumber seperti tembikar, alatan, senjata, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mereka gunakan.

Penduduk Sahara Hijau

Walaupun maklumat tentang masyarakat yang mendiami Sahara Hijau agak terhad disebabkan data yang tidak mencukupi untuk menyokong fakta tersebut. namun terdapat sedikit informasi tentang bagaimana kehidupan mereka berdasarkan apa yang difahami mengenai Sahara Hijau itu sendiri.

Masyarakat yang tinggal di Sahara Hijau biasanya akan menetap berhampiran tasik besar atau pinggir sungai yang menderu. ini kerana penduduk mendapat kemudahan akses kepada air tawar dan tumbuh-tumbuhan disekitarnya.

Seni ukiran Batu Di Pergunungan Glif Kebir Bersuai 10,000 Tahun

Apabila Sahara Hijau mula mengalami peralihan iklim kering, naluri kelangsungan hidup manusia secara fitrah akan mencari penempatan berhampiran dengan air memandangkan landskap Sahara terus berubah selama bertahun-tahun, mereka perlu terus bergerak daripada kekurangan sumber air.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Setelah Sahara mula mengering, Tamadun Mesir Purba mula mencapai kebangkitannya, kawasan Mesir Kuno secara lazim tertumpu berdekatan Sungai Nil dan sumber air adalah sangat kritikal bagi melancarkan pembangunan tempatan. Kemungkinan masyarakat Sahara Hijau pernah berinteraksi dengan orang Mesir purba, malah mereka mungkin telah bekerjasama untuk berkongsi sumber dan membangunkan teknologi baharu pada masa itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply