Di sekolah dulu, cikgu mesti tanya. Apa punca Malaysia tidak ada gempa bumi sedαhsyαt negara-negara lain? Jawapan cepumas mesti “kerana tiada gunung berapi”.

Bukan semua orang tahu yang Malaysia ada gunung berapi. Lokasi gunung berapi ini terletak di Semenanjung Semporna. Gunung Berapi Bombalai mempunyai aktiviti geoterma yang aktif (Gillispie & Clague, 2009).

Kekurangan gunung berapi mungkin satu manfaat yang baik pada Malaysia. Dari segi keselamatan, agak terjamin jugalah.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Masih teringat macam mana Malaysia jadi panas dan dilitupi jerebu kerana aktiviti geoterma daripada Indonesia. Namun kekurangan gunung berapi menyebabkan rakyat seolah-olah tidak ambil peduli tentang proses pembentukannya. Ramai tidak tahu langsung pasal gunung berapi… melainkan fikir benda-benda buruk sahaja.

Pertama sekali, ada saja gunung berapi aktif tetapi tidak meletυs buat satu tempoh yang lama. Gunung Fuji yang serba indah di Jepun merupakan contoh sangat baik.

Asal cantik mesti ada sejarah teruk punya.

Kali terakhir Gunung Fuji menghamburkan isi perutnya adalah pada tahun 1707. Sejak Gempa Bumi Tohoku 2011, kerajaan Jepun amat menitik beratkan tentang gunung berapi.

Jadi mereka bergegas untuk mengkaji aktiviti gunung berapi serata Jepun… dan mendapati tekαηαη dalaman kantung magma Gunung Fuji sudah meningkat tinggi. Jika meletus, Jepun akan menanggung kerugian sebanyak AS$25 bilion (Blackstone, 2012).

Pembentuk Alam Semulajadi

Proses kejadian gunung berapi memang menarik untuk difahami. Macam mana gunung berapi boleh tertumpu pada satu lohong sahaja… sedangkan sistem saluran lahar (lava) terbentang begitu luas di bawah tanah. Jepun misalnya berada di atas sebuah zon dipanggil Ring of Fire, iaitu kawasan aktiviti gunung berapi sangat aktif.

Lokasi Ring of Fire.

Sebenarnya gunung berapi hanyalah satu kawasan tumpuan untuk mengeluarkan isi bumi. Hakikatnya kalau bukan kerana gunung berapi, silap-silap tiada apa boleh hidup di Bumi. Lebih daripada 80 peratus permukaan Bumi dibentuk melalui aktiviti gunung berapi (volcanic activity).

Lahar membentuk geologi untuk menjadikan suatu geografi yang sesuai. Lahar membebaskan zat daripada batu yang cair. Lahar membuatkan tanah menjadi subur (Staughton, 2022).

Proses Pembentukan Yang Berpandukan Hukum Alam

Berdasarkan pernyataan di atas, “gunung berapi” hanyalah serombong yang mengeluarkan isi perut apabila perlu. Hari ini ada 1,350 gunung berapi yang masih aktif. Setiap satu gunung berbeza mengikut proses kimia yang mempengaruhi aktiviti laharnya.

Tetapi proses kejadian gunung-gunung berapi boleh kata sama. Sebahagian besar terjadi kerana pergerakan plat tektonik yang senantiasa bertembungan.

Batu yang cair.

Selepas berlαηggαr, plat tektonik selalunya tindan-menindan antara satu sama lain. Plat yang ditindan akan turun ke bahagian dalam Bumi. Jadi suhu panas Bumi akan melepaskan air daripada batu-batu yang kemudian cair menjadi lahar. Lalu lahar ini naik ke atas (dan keluar melalui serombong iaitu gunung berapi).

Itulah sebab wujudnya Ring of Fire. Kerana inilah kawasan plat-plat tektonik bertembungan buat selamanya. Walau bagaimanapun, sistem gunung berapi ini tidak berkaitan antara satu sama lain. Gunung berapi di Jepun tiada kena mengena dengan gunung berapi Alaska (Wei-Haas, 2018).

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Jadi ikutkan “gunung berapi” itu sebenarnya “tidak wujud” pun. Plat berlanggar. Batu turun ke bawah. Suhu panas Bumi mencairkan batu. Dan batu cair (lahar) naik atas kerana sifatnya lebih ringan berbanding batu. Sememangnya gunung berapi merupakan kesan daripada plat tektonik itu sendiri.

Kerana itulah hukum alam bagi Bumi yang indah ini. Plat tektonik sentiasa bergerak… kerana haba dalaman Bumi.

RUJUKAN:

Blackstone, S. (2012, September 7). Experts Predict Japan’s Mount Fuji Will Erupt Soon. Business Insider.

Gillispie, R., & Clague, D.A. (2009). Encyclopedia of Islands. University of California Press. Halaman 112.

Staughton, J. (2022, Januari 22). Why Is Volcanic Soil So Fertile? Science ABC.

Wei-Haas, M. (2018, Januari 15). Volcanoes, explained. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply