Zaman dulu ada seekor ikan gergasi yang menguasai alam lautan. Ikan ini tiada beza sangat pun dengan jerung moden… tetapi saiznya sangat besar. Terlalu besar sampai gigi saja sudah mencecah 10 sentimeter (4 inci). Memperkenalkan Otodus megalodon; spesis jerung ini hidup antara 23 juta hingga 3.6 juta tahun yang lalu.

Saintis sangat yakin tentang saiznya, iaitu antara 14 meter hingga 20.3 meter. Tetapi mereka masih berbelah bahagi tentang rupa bentuk fizikalnya, sama ada gemuk macam jerung paus (Rhincodon typus) atau tembam seperti jerung putih (Carchorodon carcharias). Rupa bentuk ini tidak mengubah realiti bahawa megalodon pernah menjadi pemangsa puncak (apex predator).

Saiz orang dewasa dengan rahang megalodon.

Mangsa semulajadi megalodon adalah ikan paus. Dan kerana ikan paus juga, megalodon pupus buat selamanya. Jenis jerung suka laut yang panas. Zaman Ais menyebabkan laut bertambah sejuk saban alaf. Kekurangan populasi ikan paus baleen kemudian memberi impak terhadap megalodon yang amat terkesan akibat perubahan suhu ini. Maka faktor persekitaran dan kekurangan sumber makanan akhirnya menamatkan riwayat spesis agung ini (Pimiento, et al., 2017).

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Penemuan Fosil Yang Menjadi Saksi

Kewujudan Otodus megalodon takkan diketahui tanpa teknologi sains yang canggih. Satu saja masalah dengan jenis jerung. Mereka ada gigi dan tulang belakang. Tetapi banyak tulang yang menyokong struktur badan adalah berjenis rawan (cartilage).

Faktor masa dan tekanan dalam lautan lama kelamaan akan memusnahkan tulang rawan ini (Krueger, 2018). Maka kajian megalodon tidak boleh disamakan dengan kajian paleontologi dinosaur. Cara penyelidikannya amat berlainan. Saintis menyingkap rahsia megalodon dengan menggunakan fosil giginya.

Dan baru-baru ini, seorang kanak-kanak enam tahun bersiar-siar di tepi pantai Suffolk bersama bapanya. Mereka sekadar suka-suka mencari cangkerang. Tetapi tanpa disangka, anak kecil bernama Sammy Shelton ini menemui gigi seekor megalodon yang 10 sentimeter panjang (Warburton, 2022). Penemuan sekali seumur hidup sebegini tentu sekali akan dihargai Sammy sampai bila-bila.

Sammy Shelton dengan gigi megalodon.

Malah gigi ini kalau jual pun ada nilai. Seorang lelaki Florida demikian hari mendapat AS$3,000 untuk gigi bersaiz 15.8 sentimeter (Browne, 2021).

Gigi Yang Bercerita

Haiwan yang bergigi gerigi sebegini memang menakutkan. Sudahlah besar gergasi – bukan main ganas pula. Jerung moden menyerang dengan cara hampir sama dengan megalodon. Namun semua jerung moden akan mencari kawasan paling lemah. Macam penyu – jerung moden akan gigit di bahagian bawah, takkan sesekali pergi terus ke cangkerang atas. Itu jerung modenlah. Jerung megalodon tidak peduli atas atau bawah. Rahangnya didapati sangat tebal dengan gigitan sekuat 182,000 newton (Wroe, et al., 2008).

Gigitan ini saja sudah cukup untuk mengoyakkan kulit, daging, tulang dan organ. Jadi mangsa megalodon apabila dibaham memang takkan mungkin boleh selamat. Cuma ada satu benda yang menarik tentang megalodon.

Spesis ini tidak terhad pada satu fitrah sahaja. Macam jerung zaman sekarang, semuanya jenis ambil kesempatan (opportunistic feeder) – makan apa saja yang lemah.

Ini tulang belakang ikan paus yang patah dua kerana gigitan megalodon. Boleh nampak torehan di situ. Torehan itu memang kerja megalodon.

Jerung megalodon tidak ikut fitrah ini. Ia makan apa saja yang ada, berdasarkan dapatan kalsium pada gigi seekor megalodon (Martin, 2015). Selain paus baleen, megalodon membaham paus bowhead, paus kecil, paus biru, anjing laut, penyu dan sebagainya. Malah ikan kecil pun masuk dalam perutnya juga.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Jadi penemuan Sammy Shelton memang bukan calang-calang. Hebat sebenarnya. Sama ada keluarga mereka akan membenarkan kajian, itu cerita lainlah.

RUJUKAN:

Browne, E. (2021, Oktober 19). Florida Man Finds Tooth of Megalodon, Biggest Shark to Ever Live, While Diving. Newsweek.

Krueger, R. (2018, Ogos 6). Five Facts: Megalodon. Florida Museum.

Martin, J., et al. (2015). Calcium isotopes reveal the trophic position of extant and fossil elasmobranchs. Chemical Geology. 415: 118-125.

Pimiento, C., et al. (2017). The Pleistocene marine megafauna extinction and its impact on functional diversity. Nature Ecology and Evolution. 1 (8): 1100-1106.

Warburton, D. (2022, Mei 5). Tooth of terrifying 60 ft megalodon shark washes up on UK beach and found by boy, 6. Mirror UK.

Wroe, S., et al. (2008). Three-dimensional computer analysis of white shark jaw mechanics: how hard can a great white bite? Journal of Zoology. 276 (4): 336-342.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply