Dalam menilai sifat manusiawi, ada dua aras yang ditetapkan sains. Aras ini takkan mungkin dihampiri haiwan… apatah lagi dicapai. Pertama sekali, hanya manusia sahaja boleh mengawal api. Sekadar nyalaan api tidak dikira nilai akal. Sambaran kilat boleh menyalakan api. Helang Australia boleh menyebarkan api yang sudah menyala dengan menggunakan kepaknya (Boyd, n.d.). Kedua pula, hanya manusia sahaja boleh bercucuk tanam.

Dua aras ini dianggap sebagai benda paling asas dalam menilai akal. Manusia prasejarah terbukti mengawal api (memasak misalnya) sejak sekurang-kurangnya 300,000 tahun yang lalu (Cohen, 2012). Namun bab pertanian masih lagi menjadi tanda tanya. Ada beza antara api dan tumbuh-tumbuhan. Api meninggalkan kesan yang tahan lama.

Gambaran komuniti manusia prasejarah mengawal api.

Tumbuh-tumbuhan pula berfitrah rapuh, sekali gus tidak mudah dikaji secara arkeologi.

Menjejak Kehidupan Manusia Prasejarah

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Ada satu zaman yang mana manusia prasejarah mengubah cara hidup daripada pungut hasil hutan (hunter-gatherer) ke pertanian (agriculturalist). Tanda-tanda pertanian paling awal ada di bumi Syam, yakni Timur Tengah yang sangat subur untuk bercucuk tanam. Sains menggelar tempat ini “Fertile Crescent”, kerana berbentuk seperti sabit yang sangat subur. Ikut dapatan semasa, manusia prasejarah bercucuk tanam di sini sekurang-kurangnya 11,000 tahun yang lalu. Dan sambil bertani, mereka juga menternak haiwan (Zimmer, 2016).

Fertile Crescent.

Namun seperti biasa, saintis sentiasa tertanya-tanya untuk merungkaikan segala ilmu dengan lengkap. Mereka terfikir macam mana manusia prasejarah boleh bercucuk tanam di situ. Macam mana mereka tahu tempat itu sangat subur? Sama ada mereka belajar melalui perkongsian budaya (wahyu agama misalnya) atau migrasi manusia.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Persoalan ini sangat relevan sebenarnya. Eropah juga ada “bangsa petani pertama” satu masa dahulu. Namun bangsa Eropah pertama bercucuk tanam adalah populasi yang berhijrah daripada Anatolia (Turki). Migrasi membawa pertanian ke bumi Eropah – terbukti pula secara genetik daripada kajian rangka manusia (Feldman, et al., 2019). Jadi apa yang membawa pertanian ke bumi Syam?

Sebuah Masyarakat Yang Unik

Saintis menggunakan kaedah genetik untuk cuba faham punca kemunculan pertanian. Dan mereka mendapati secara sah bahawa migrasi bukan puncanya. Tetapi melalui kajian genetik, mereka terjumpa jawapan yang sangat menarik. Jawapan ini dengan kata mudah: “ada sesuatu yang berlaku pada zaman itu. Tetapi sains tidak pernah mudah.

Umumnya, dunia baru pulih daripada Zaman Ais apabila munculnya pertanian. Populasi paling awal selepas Zaman Ais seolah-olah mencipta pertanian yang sekali gus membawa kehidupan tetap di satu kawasan (Marchi, et al., 2022). Saintis mengambil masa 10 tahun mengumpulkan maklumat daripada semua rangka yang boleh. Rangka-rangka ini adalah daripada kawasan Fertile Crescent itu sendiri.

Gambar Mauricio Antón / Caitlin Sedwick © 2008 Public Library of Science.
Menunjukkan peralihan semulajadi pasca-Zaman Ais

Dan hasilnya, mereka mendapati “pencipta pertanian” bukan satu kaum semata-mata. Mereka adalah sebuah masyarakat yang bercampur dengan kumpulan-kumpulan manusia prasejarah lain. Ilmu mereka bertebaran meluas bermula 14,000 tahun yang lalu. Selama 3,000 tahun, ilmu ini bergerak. Dan pada zaman 11,000 tahun yang lalu, pertanian akhirnya menjadi asas kehidupan di rantau tersebut.

Apa yang mereka boleh jamin: bangsa petani pertama di dunia ini adalah populasi yang datang daripada rantau antara Timur Tengah dan Balkan. Maka dari sini semua boleh bayang – macam mana ilmu pertanian diajar pada seorang demi seorang. Berbalik pada “nilai manusiawi” yang diceritakan tadi: kemahiran “mengawal api” dan “pertanian” boleh diajar pada manusia sahaja.

Kalau tunjuk pada beruk, memang takkan berkembang. Beruk faham melalui latihan. Manusia faham dengan akal. Berapa banyak beruk lain akan belajar dua kemahiran ini secara sendiri? Dari situ semua tahu – manusia prasejarah adalah manusia yang sangat pintar.

RUJUKAN:

Boyd, T. (n.d.). Birds of Fire. Penn State.

Cohen, J. (2012, April 2). Human Ancestors Tamed Fire Earlier Than Thought. History.

Feldman, M., et al. (2019). Late Pleistocene human genome suggests a local origin for the first farmers of central Anatolia. Nature.

Marchi, W., et al. (2022). The genomic origins of the world’s first farmers. Cell.

Zimmer, C. (2016, Oktober 17). How the First Farmers Changed History. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply