Pada tahun 2007, Yale University menerbitkan sebuah kajian yang menakjubkan. Dalam kajian tersebut, bayi ditunjukkan dua anak patung. Satu patung dimainkan sebagai patung yang baik dan suka menolong. Satu lagi patung dimainkan sebagai patung yang jahat dan menjengkelkan. Menariknya bayi akan memilih patung yang berkelakuan baik. Kajian ini menandakan bayi mempunyai keupayaan untuk mengenali kelakuan yang baik dan buruk.

Boleh tonton eksperimennya di sini:

Malah, mereka lebih utamakan dan sukakan kelakuan baik. Ini bermakna manusia secara lumrah dan semulajadinya sukakan kebaikan. Kajian ini dapat menyokong tentang persoalan sifat tabii manusia sukakan kebaikan berbanding kejahatan.

Beberapa tahun selepas itu, mereka mengeluarkan satu lagi kajian yang lebih mengejutkan. 52 bayi diuji dan pada peringkat awal, bayi-bayi ini ditentukan apa yang mereka suka di antara biskut dan kacang hijau. Kemudian, bayi-bayi ini diasingkan mengikut kegemaran mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Pada fasa seterusnya, bayi-bayi ini ditayangkan lakonan dua patung yang salah satunya sukakan makanan kegemaran bayi-bayi tadi, satu lagi tidak suka. Kemudian, pemerhatian dibuat untuk melihat patung mana yang bayi-bayi ini akan pilih. Sudah tentu kita boleh agak bayi akan memilih patung yang sukakan makanan kegemarannya.

Bayi yang sukakan biskut akan memilih patung yang sukakan biskut juga. Bayi yang sukakan kacang hijau akan memilih patung yang sukakan kacang hijau. Penemuan yang mengejutkan dalam kajian ini sebenarnya bayi tetap akan memilih patung yang berkongsi makanan kegemaran yang sama dengannya walaupun patung ini jahat.

Jika patung baik tidak sukakan makanan kegemarannya, patung itu tidak akan dicapai dan dipilih oleh bayi. Dengan kata lain, bayi mengutamakan kesepaduan dan kesamaan identiti berbanding moraliti.

Pusat kajian bayi tersebut telah melakukan pelbagai eksperimen yang menunjukkan bayi tidak sukakan perkara-perkara yang asing baginya. Muka yang tidak dikenali, bau yang tidak dikenali, bunyi yang tidak dikenali dan pelbagai lagi tidak digemari oleh bayi.

Tidak menghairankan kanak-kanak biasanya takut ataupun menangis apabila diperkenalkan dengan orang asing untuk pertama kalinya. Sifat tidak sukakan ataupun takut dengan sesuatu yang asing memberikan manfaat evolusi kepada manusia kerana sesuatu yang asing mungkin akan memberikan ancaman dan penyakit kepada kita – seperti yang pernah berlaku sewaktu bangsa Eropah menjejakkan kaki ke tanah besar Amerika. Masih terdapat sedikit sifat xenofobia tertanam pada diri manusia bagi melindungi dirinya.

Renungan yang menarik daripada kajian ini ialah kita dapat perhatikan manusia akan sering mencari salah orang lain apabila kita mendapati kelompok/kumpulan kita berselisih dengan sekumpulan manusia lain. Kita juga akan sering mewajarkan tindakan kumpulan kita walaupun kadangkala jelas kumpulan kita silap dalam satu pertelagahan.

Kita boleh perhatikan kejadian-kejadian ini seperti pertelagahan antara penyokong parti politik, perselisihan antara bangsa, perselisihan antara agama, perselisihan antara ideologi, perselisihan antara tempat kita mengaji dan sebagainya. Kita biasanya cenderung menyokong identiti yang kita bawa.
Walau bagaimanapun, kadangkala manusia masih dapat mengawal sifat xenofobia bagi melahirkan masyarakat yang aman dengan pelbagai identiti berbeza. Manusia dapat bermandiri bukan kerana kekuatan fizikal mahupun kekuatan intelek, tetapi kerana keupayaan kita untuk bekerjasama dalam rangkaian yang luas bersama dengan ramai orang asing dan tidak dikenali.

Spesis-spesis lain tidak mempunyai keupayaan seperti ini. Mereka hanya dapat berfungsi dalam berkumpulan bersama dengan ahli-ahli yang mereka kenali. Itu pun tidak semua spesis dapat berkejasama dengan ahli-ahli yang dikenali dalam rangkain luas sehingga mencecah ratusan ribu dan jutaan ahli seperti manusia.

Dalam kehidupan seharian kita pun, kita tidak akan bergaduh apabila berselisih dengan orang lain. Malah, ketika sedang menunggu pun, kita mampu memulakan perbualan dengan orang asing. Kejadian seperti ini tidak dapat dijumpai di dunia rimba.

Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply