Bani Israil merupakan sebuah kaum yang telah dikurnai oleh Allah SWT dengan pelbagai kelebihan dan kemuliaan. Allah SWT telah memberi kelebihan buat mereka sewaktu mereka mengikuti perintah dan turutan Nabi Musa AS. Bahkan Allah SWT telah menyelamatkan kaum ini dari kezaliman dan kekejaman Firaun yang menindas mereka sekian lamanya.
Antara perkara yang ditimpakan Allah keatas Firaun ini telah dicatatkan dalam Al-Quran. Antaranya, Allah SWT mengazab mereka dengan air sungai dan air minuman mereka menjadi darah, tanaman mereka rosak dan pelbagai kerosakan lagi.
“Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Fir’aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran. Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: “Itu adalah karena (usaha) kami”. Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Mereka berkata: “Bagaimanapun kamu mendatangkan keterangan kepada kami untuk menyihir kami dengan keterangan itu, maka kami sekali-kali tidak akan beriman kepadamu.” Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.” (Surah Al-A’raf: 130 – 133)
Tuntas, Firaun kemudiannya meminta Nabi Musa AS untuk menghentikan azab ini. Lalu, Nabi Musa AS berdoa kepada Allah agar menghentikan azab ini. Namun, Firaun tetap sahaja dengan kedegilan dan ingkar perintah Allah SWT untuk mentaati perintah Allah dan beriman dengan kerasulan Nabi Musa AS.
Kemuncaknya, Firaun dan Bala Tenteranya akhirnya telah dilemaskan oleh Allah SWT dengan badai laut Merah dan mereka akhirnya tenggelam didalamnya. Hal ini telah menunjukkan bahawa balasan Allah itu amat nyata.
Namun, Bani Israil tetap sahaja tidak mentaati perintah Nabi Musa AS dan melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. Begitulah, Bani Israil yang telah diselamatkan oleh Allah SWT yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Dan semoga ia menjadi Ibrah buat umat yang lain.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih