Usai Perjanjian Balfour, pada tahun 1917 British telah membahagikan tanah antara rakyat Arab dan Yahudi di Tanah Filistin ini. Pada tahun 1948, mencetuskan sebuah peristiwa yang memilukan untuk masyarakat Arab iaitu Peristiwa Nakba. Peristiwa Nakba ini merupakan detik agresi Yahudi keatas Tanah Tanah Arab. Bangsa Arab di Filistin kemudiannya terusir dari tanah mereka dan mulai dirampas tanahnya oleh pasukan Israil.

Hal ini memberi tamparan hebat buat Bangsa Arab di rantau Arab kerana mereka tidak mampu untuk berbuat apa apa bagi menyelamatkan Bangsa Arab di Filistin. Pada tahun 1967, negara negara Arab di sekitar Filistin telah menyediakan pasukan mereka untuk menawan kembali kawasan yang dirampas oleh Israil dari rakyat Filistin. Tindakan ini telah dihidu oleh pihak ketenteraan Israil.

Pihak ketenteraan Israil telah menjalankan sebuah operasi bagi melumpuhkan angkatan ini sebelum peperangan bermula. Pasukan ini telah melancarkan serangan awal keatas Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Sinai. Kekalahan ini memberikan tamparan hebat buat pasukan pasukan Arab di sekitar Israil. Serangan ini telah dilancarkan dalam masa enam hari sahaja dan ia memberi kesan yang sangat besar buat bangsa Arab.

Pada tahun 1973, negara negara Arab seperti Jordan, Mesir dan Syria kemudiannya merangka sebuah serangan balas keatas Israil bagi menuntut kawasan mereka yang dirampas dari kerajaan mereka. Serangan ini telah dilancarkan dalam mana pihak Israil sedang merayakan perayaannya iaitu perayaan Yom Kippur.

Serangan awal yang dilancarkan oleh pasukan Arab ini kemudiannya berjaya memukul mundur pasukan Israil dari kawasan takluk mereka. Mesir telah menakluk kembali Sinai, Syria menakluk kembali dataran Golan yang dirampas oleh Israil. Namun, serangan ini telah dibalas kembali oleh pihak Israil dengan bantuan pasukan Amerika Syarikat. Akhirnya, peperangan ini berakhir dengan perjanjian damai antara dua pihak ini di Camp David 1978.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.