Baru-baru ini pihak waris terakhir Kesultanan Sulu dikatakan telah merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan atas dakwaan sebagai sebahagian nilai RM62.59 bilion yang wajib dibayar oleh kerajaan Malaysia. Hal ini sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang mendakwa, Malaysia telah kehilangan wang sebanyak RM8.9 bilion dan bakal mengikut jejak langkah Sri Lanka. Ada pula yang menyalahkan bekas perdana menteri kerana menghentikan bayaran pada tahun 2013. Macam macam rampasan ini boleh tercetus?

Semuanya bermula dengan serangan Tentera Sulu yang mahu menakluk Sabah pada tahun 2013. Kerajaan pada ketika itu telah menghentikan serta-merta bayaran sebanyak RM5300 setiap tahun kepada waris Kesultanan Sulu. 6 tahun selepas itu waris Kesultanan Sulu mula bertindak dengan cuba mencabar keputusan Malaysia di mahkamah timbang tara antarabangsa.

Malaysia pula buat endah tak endah dan masalah mula timbul apabila bekas peguam negara didakwa telah mengutuskan surat yang menyatakan kekesalan kerana tidak membayar RM5300 selama 6 tahun. Jadi surat itu digunakan sebagai bukti bahawa Malaysia bersalah kerana tidak membayar wang kepada waris Kesultanan Sulu.

Akhirnya, Malaysia telah dikehendaki oleh mahkamah untuk membayar sebanyak RM62.59 bilion sebagai ganti rugi kepada waris Kesultanan Sulu. Kalau tidak mampu, Malaysia diberi pilihan untuk menyerahkan Sabah kepada mereka. Disebabkan Malaysia masih lagi tidak membayar, pihak waris Kesultanan Sulu terus merampas dua anak syarikat Petronas sebagai ganti rugi.

Sekarang ini kita kena gelabah ke?

Ya betul pihak Petronas sendiri telah mengesahkan bahawa dua anak syarikatnya iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus telah menerima notis saisie-arret. Bermakna rampasan dilakukan sebagai salah satu cara mendapatkan ganti rugi yang telah dipersetujui oleh mahkamah. Habislah segala aset Petronas sebab macam gitu sahaja kena rampas.

Namun jangan risau kerana pihak Petronas sendiri menyatakan bahawa kesemua aset Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus telah dilupus. Segala hasil pula telah dipulangkan dengan sewajarnya. Bermakna, waris Kesultanan Sulu hanya merampas syarikat dan sijil SSM sahaja. Manakala segala aset telah dijual dan hasilnya pula telah kembali kepada Malaysia dengan selamat.

Biarpun begitu tindakan waris Kesultanan Sulu ini dianggap sebagai tidak berasas dan Petronas akan terus mempertahankan kedudukan mereka daripada segi undang-undang dalam peristiwa seumpama ini.

Kesimpulannya, rampasan ini tidak akan sesekali membuatkan Malaysia menjadi seperti Sri Langka. Tapi kita kena ambil iktibar di atas segala apa yang terjadi terhadap dua anak syarikat Petronas. Jika kita terlalu berlembut dengan musuh, kita akan dipijak-pijak tanpa kasihan. Jika kita terlalu keras pula, mereka akan beranggapan kita sangat kejam. Jadi rangkalah strategi yang bijak akan mereka tidak akan memerangkap kita lagi.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Hazwan Faisal Mohamad. (2022, Julai 12). Petronas sudah lupuskan dua aset di Azerbaijan. Berita Harian. Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/975767/petronas-sudah-lupuskan-dua-aset-di-azerbaijan

Juani Munir Abu Bakar. (2021, Julai 13). Aset Petronas dirampas: Apa itu notis ‘Saisie-arret’. Utusan Malaysia. Dipetik daripada https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/aset-petronas-dirampas-apa-itu-notis-saisie-arret/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply